kitakah itu...
yang berlari...berkejaran
memetik bintang-bintang bertaburan
dalam kepekatan malam
kitakah itu...
yang meredah denai perjalanan
menongkah arus kehdupan
dalam mencari satu kebenaran
kitakah itu...
yang dihujani pelbagai soalan
mencari erti satu kebebasan
dalam menanti saeribu jawapan
kitakah itu...
yang meniup sumbu kesuraman
menyalakan pelita kedamaian
dalam mencari sinar ketenangan
kitakah itu...
yang diterpa duka nestapa
merobek ketenangan jiwa
dalam mengharungi liku-liku luka
kitakah itu...
putera-puteri harapan bangsa
permata kebanggaan negara
mujahid muda pejuang agama
hakikatnya...
kita adalah kita
nukilan rasa
kembarahati
07 Dec 2005
07 December 2005
-kitakah itu-
karangan Abah Yie & Ummi Na at 2:49 PM 0 comments
-KeMB@r@-
Assalamualaikum semua....
bersua kembali di arena fantasi...harapnya semua sihat sejahtera...moga kita sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi....
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk teman bernafas kala ini...sambil jejari menaip secebis bingkisan untuk sahabat-sahabat yang dirindui...
patah tumbuh hilang berganti...
lama rasanya teman tak menjenguk rumah sendiri...kiranya hampir 2 bulan lamanya... hinggakan teman dihujani pelbagai soalan..."mana menghilang?"..."merajuk ke?"..."tak update rumah ke?"..."how are u?"..."any problem?"....dan seumpama dengannya...
bukan teman sengaja menghilang diri..apatah lagi merajuk....
cukup teman katakan...kehilangan teman selama 2 bulan ini cuma ingin mengembara... mencari identiti diri...yang teman rasakan semakin hilang....pengembaraan selama 2 minggu ini banyak mengajar teman erti kesabaran...ketabahan...persahabatan...kasih-sayang... pengorbanan dan kesetiaan....
kala ditimpa musibah yang sering berkunjung tiba tiada henti...di sinilah teman ditemukan dengan erti persahabatan dan kasih-sayang....Bersama teman-teman yang banyak memberi sokongan mahupun galakan....indahnya sebuah persahabatan itu andai disulami kemanisan iman...terima kasih buat kalian....
Sabar dan tabah...
dugaan dan ujian yang menimpa banyak mendidik teman untuk menjadi insan yang tabah... Mak dan abah...sabarnya melayani kerenah teman, memetik kisah ketabahan dan kesabaran Nabi Ayyub dalam menempuh ujianNya untuk teman jadikan ikhtibar....
Kesetiaan...
kala inilah....teman-teman tetap setia menemani di sisi...susah-senang sama rasai...pahit manis, suka-duka sama dilalui...
Insya-Allah...teman akan kembali menyerikan dunia blog yang dah lama teman tinggalkan. Sabarlah...dan nantilah karya-karya teman selepas ini....
karangan Abah Yie & Ummi Na at 11:18 AM 0 comments
29 August 2005
-MeRDek@-
merdeka...
merdeka...
merdeka...
karangan Abah Yie & Ummi Na at 2:24 PM 0 comments
28 August 2005
-keL!Ru-
Terus teman bangun sambil menghayati bait-bait sajak itu, walaupun sudah acapkali teman baca karya Quranic_Generation ni...Kali pertama teman dengar sendiri karya "kakak teman" ni keluar kat IKIM...excited rasanya. Mana taknya, "kakak teman" ni memang berbakat dalam menghasilkan sajak2...penuh puitis dan mendalam maksudnya.
Yang kelakar pulak, masa teman tengah menghayati bait-bait sajak ni, teman terima satu mesej.
"mek,sajak kau ke kat ikim sekarang?"
teman pun balas mesej kawan tadi tu
"sajak hidup pejuang ni bukan.Sajak kita yang "hamparan kasih" tadi"
Pasti kawan teman tadi keliru,hidup pejuang atau hamparan kasih sajak teman yang keluar kat ikim.Kebetulan, sebelum sajak hidup pejuang tu keluar...sajak teman yang bertajuk "HAMPARAN KASIH" dibacakan oleh deejay Fairuz.Mana tak keliru, sebelum ni teman banyak menggunakan nick name wardah_iium ketika menghantar sajak kat ikim.Baru 2x teman gunakan nick name kembarahati dalam hantar sajak kat ikim.... untuk sajak bisikan dan hamparan kasih.
Erm,ingatkan nak buat sajak sempena merdeka.Kawan teman beria benar suruh buat sajak berkenaan merdeka...
"buatlah sajak pasal merdeka.Gerenti meletup,"
pasal merdeka ni teman memang lemah sikit...tak pandai nak buat sajak.Dan teman bukanlah jenis orang yang pandai menghayati erti merdeka itu sendiri...
Erm..apa itu merdeka???
karangan Abah Yie & Ummi Na at 11:43 AM 0 comments
18 August 2005
-SeP!-
SEPI
Sepi...
Tanpa suara..
Tanpa bicara..
Tanpa kata-kata
Sepi...
Namun hati bersuara..
Namun hati berbicara..
Namun hati menyusun kata
Sepi...
Dibayangi tangisan rindu..
Diiringi tangisan kasih..
Disusuli tangisan cinta
Sepi...
Dalam mengharap Maghfirah-Mu..
Dalam mendamba Nur kasih-Mu..
Dalam mengemis cinta-Mu
Sepi...
Aku sendirian di sini..
Bermonolog sendiri..
Ditemani sekeping hati..
Yang mencari redha Ilahi
kembarahati
18 Ogos 2005
7.30 a.m
karangan Abah Yie & Ummi Na at 8:31 AM 6 comments
17 August 2005
-Ada-ADa Jer-
karangan Abah Yie & Ummi Na at 10:32 AM 2 comments
29 July 2005
-RINDU-
RINDU itu adalah anugerah dari Allah
insan yang berhati nurani
punyai rasa RINDU...
karangan Abah Yie & Ummi Na at 11:26 AM 1 comments
20 July 2005
-kEMbaLi-
...izinkan hati ini terus mengembara
dalam mencari cinta sejati
demi menggapai maghfirah Ilahi
untuk menuju destinasi abadi...
karangan Abah Yie & Ummi Na at 10:33 AM 0 comments
15 May 2005
-ePiLOg-
EPILOG
DUNIA INI KURASA ASING...
KOSONG...
AKU TERLONTAR JAUH...
DARI KENANGAN SILAM...
INGIN KULUPAKAN SEMUANYA...
MEMORI HITAM ITU..
YANG DIBAYANGI KEPALSUAN...
MEROBEK TANGKAI HATIKU..
SUNGGUH...
KUTANGISI JIWA NAN SEPI..
KULAGUKAN MELODI SUMBANG..
HATIKU PILU..
HADIRLAH CAHAYA...
BIASKANLAH NUR SAKINAHMU...
DALAM PERDU HATIKU…
KUYAKIN...
EPILOG SILAM KELMARIN... .
AKAN BERLALU DIBAWA BAYU…
AKU PASRAH
nukilan abadi
wardah_iium
2003 (kembarahati.blogspot.com)
karangan Abah Yie & Ummi Na at 10:32 AM 1 comments
-DeNGarkAnLaH-
erm...ni tak tahu ana nak masukkan dlm kategori ape...sajak ke lirik lagu ke...syair ke..
"lirik" ni ana dan adik2 cipta masa dok umah hari tu...
ape pun...SAYANG ABAH
DENGARKANLAH
SEMUSIM TELAH PUN BERLALU
SEJAK AYAH MENINGGALKAN KAMI
RINDUNYA DI HATI INI
UNTUK MENATAP WAJAHMU
YANG SEMAKIN DIMAMAH WAKTU
HILANGNYA DIRIMU
SEPI TANPA BERITA
KAU BIARKAN DIRI BONDA
MENAHAN GELORA DI DADA
MENANGGUNG RINDU YANG MEMBARA
DARI NURANI ISTERI YANG SETIA
KUTAHU DIRIMU DERITA
MENGHADAPI DUNIA FANA
MENGHARUNGI GELOMBANG KEHIDUPAN
NAMUN CEKALNYA HATIMU
MELAWAN DUGAAN YANG MENERPA
KEMBALILAH SEGERA
WAHAI AYAH YANG TERCINTA
HAPUSKANLAH SEGALA NESTAPA
YANG MEMBELENGGU DIRIMU
USAH KAU BIARKAN
KAMI MERINDU DI ANGIN LALU
KUYAKIN KAU JUA TAHU
SAYANGNYA DIRIKU TERHADAPMU
PASRAHKANLAH DIRIMU
TERHADAP ALLAH YANG SATU
KERANA HANYA DIALAH
ALLAH YANG ESA
PENENTU SEGALANYA.
nukilan rasa
wardah_iium
kembarahati.blogspot.com
karangan Abah Yie & Ummi Na at 10:16 AM 0 comments
05 May 2005
-bUnGA-BunGA rINdu-
PUTIK RINDU KIAN BERCAMBAH
DISULAMI CINTA KUDUS
KUNTUM BAHAGIA MULA MEMEKAR
DIHAMBAT SEGUNUNG HARAPAN
PADAMU KEKASIH ALLAH
MENATAP SEJENAK PERIBADIMU
KULAKAR INDAH SEGARIS IMPIAN
KUKETUK PINTU HATI
YANG DULUNYA SEAKAN GERSANG
KINI SEMAKIN HANGAT TERASA
CINTAKU PADAMU
TAK TERGAMBAR DENGAN BICARA
RINDUKU PADAMU
TAK TERCALAR HATTA SECARIK LUKA
HATI INI SEAKAN BERBISIK
CINTAKU ADA PADAMU
DUA HATI AKAN BERSATU
RAHMAT ILAHI MEMAYUNGI DIRI
KAU MILIKKU...AKU MILIKMU
HABIBALLAH
RINDU DUNIAWI CINTA UKHRAWI
bingkisan abadi
wardah_iium
2004
kembarahati.blogspot.com
karangan Abah Yie & Ummi Na at 4:52 PM 0 comments
-SesUc! kAs!HmU-
Aku mendengus perlahan. Suasana yang sepi dan sunyi malam ini tidak menyisihkan resah di hati. Bayu malam yang bertiup lembut tidak berupaya meredakan kepanasan hatiku. Aku jengkel. Argh, bosan. Astaghfirullah…aku beristighfar seketika. Ruang tamu bercat biru langit kutoleh sekilas. Perabot-perabot yang baru ditukar semasa hari raya kelmarin tersusun rapi.
Dari jendela, aku beralih ke kusyen empuk lalu menghenyakkan punggungku. Fikiranku bercelaru, berserabut. Banyak yang aku fikirkan. Tugasan guru, minit mesyuarat rumah sukan, aktiviti sekolah, kenduri kahwin anak Pak Su.Ah, kenduri! Mata yang hampir terkatup rapat kujegilkan seketika. Mengenangkan perkataan kenduri, serta-merta hatiku sayu. “Ifa, ada orang merisik pasal Ifa,” ummi memandang wajahku sambil tersenyum. Kurenung wajah tua itu bagi mencari kebenaran kata-kata yang menyesakkan dadaku. “Betul Ifa.Babah pun tak sangka. Tup-tup, puteri babah ni dirisik orang. Pandai anak babah ye .Tak beritahu kami pun yang Ifa dah ada calon suami,” usikan babah benar-benar membuat aku terpana.
“Ummi, babah. Maafkan Ifa. Ifa tak tahu menahu langsung pasal ni. Ifa tak faham. Ummi dan babah bergurau ye?”aku pula bertanya. Hatiku sudah tidak keruan. Debarannya hanya Tuhan yang tahu. Ish, siapa pulak yang masuk merisik aku ni? Pandai-pandai betullah. Aku semakin terkejut setelah mendengar cerita ummi. Rupa-rupanya semasa ketiadaanku, ada jejaka yang datang merisik. Ummi kata orangnya lulusan UIA juga. Jurusan undang-undang syariah. Baik, hormat orang tua, sopan-santun, berbudi-bahasa dan pandai mengambil hati. Hmm…itulah komen ummi. Aku hanya mendengar setia sedangkan fikiranku menerawang jauh. “Kalau Ifa terima, insya-Allah, ummi ingat nak langsungkan pertunangan tu tak lama lagi. Tak pun, terus nikah…kan senang. Ummi pun cepat sikit dapat menantu lelaki,” usik ummi lagi
aper???
aku nak kena nikah ke???
jom kita baca apa yang terjadi............
karangan Abah Yie & Ummi Na at 12:32 PM 1 comments
04 May 2005
-RIntiHAn NaLuri-
Kuukir namamu di lubuk hatiku…
Kusemadikan kasihMu di belahan jiwaku..
Cintaku ini adalah yang satu..
Tiap detik aku merinduiMu…
Kudambakan cinta kasihMu wahai Tuhanku
Aku pelakon di pentas operaMu…
Ceritanya kurangka tanpa arahanMu…
Kau mengadili tiap gerak langkahku..
Menjadikan aku takut pada lakonanku…
Andai tersasar jauh dari landasanMu..
Layakkah aku menggalas amanahMu..
Mampukah daku menegakkan kalimahMu
Mengabadikannya di lubuk hati hambaMu
Namun diriku terasa begitu kaku…
Kerana kutahu di mana kemampuanku.
Terbitkanlah cinta dalam dadaku…
Lahirkanlah rindu di perdu hatiku..
Agar kutahu penangan cintaMu..
Abadi selamanya dalam jiwaku..
Wahai Tuhanku Allah yang satu.
Dengarlah rintihan naluri dari hambaMu..
Yang bersarang lamanya sekian waktu..
Tiap saat kurindukan JannahMu…
Hanya padaMu tempat daku mengadu..
Ampunilah daku wahai Tuhanku..
CETUSAN RASA :
wardah_iium
kembarahati.blogspot.com
karangan Abah Yie & Ummi Na at 3:48 PM 0 comments
-HAmpAraN KasIh-
karangan Abah Yie & Ummi Na at 3:39 PM 0 comments
-JiWAng???-
karangan Abah Yie & Ummi Na at 3:17 PM 1 comments
03 May 2005
-keSUsaHan dAn KeseNaNGAn UjiaN dARI Allah-
karangan Abah Yie & Ummi Na at 11:04 AM 0 comments
-KeSIhAtAn-
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan
-1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan mereka tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit(susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepasmembaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udaradalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang telah menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jikadalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandungdi celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...
karangan Abah Yie & Ummi Na at 10:55 AM 0 comments
20 April 2005
-uJIan uNTUkku-
karangan Abah Yie & Ummi Na at 3:08 PM 2 comments
-BoNDa-
REDUP PANDANGANMU MENYIMPAN DUKA
LEMBUT BICARAMU MENUSUK DI JIWA..
TERUKIR SENYUMAN DI BIBIRMU..
TENANG HATIKU TERASA BAHAGIA.
MASIH KUINGAT KENANGAN SEMALAM..
SUKA DUKA KITA BERSAMA..
SEMUANYA TERSIMPUL MENJADI SATU
DALAM IKATAN YANG KUKUH..
TAKKAN GOYAH DITELAN MASA LALU..
C/O
INGINKU BERSAMAMU SELAMANYA..
KITA BERSAMA MELEWATI HARI-HARI
YANG BAKAL MENJELMA..
TAK SIAPA BISA MEMISAHKAN KITA..
MELAINKAN ALLAH YANG MAHA ESA
NAMUN BEGITU SUDAH DITENTUKAN..
KITA DITAKDIRKAN BERPISAH
KAU PERGI TINGGALLAH DAKU SENDIRI
KUGAGAHI DIRIKU INI
UNTUK MENUJU NOKTAH KEHIDUPAN
BERSAMA NASIHAT DAN AMANAHMU..
C/O
AKAN KUSUSURI PERJALANAN
TAKKAN KUTOLEH MEMORI SEMALAM
KERANA KUTAHU KAU TAKKAN KEMBALI
NAMUN SATU PINTAKU
NANTIKANLAH DIRIKU INI
DI MAHLIGAI SYURGA FIRDAUSI..
karangan Abah Yie & Ummi Na at 2:52 PM 0 comments
31 March 2005
-hAbiBI Ya MusTAfA-
Tangisan barakah memecah keheningan subuh…
Suara puji-pujian bergema di alam…
Kota Makkah disinari cahaya rembulan
Terangnya memancar di setiap pelusuk…
Zuriat teragung anugerah Ilahi…
Membuka lipatan mehnah sejarah…
Ya khatimul Anbiya’,
Kekasih Allah yang tercinta…
Peribadimu bak lembaran Al-Quran
Harumnya bak hembusan kasturi…
Disinari nur kasih Rabbul Izzati
Agungnya dirimu di sisi Ilahi
Ya habibil Mustafa,
Perjuanganmu penuh onak duri…
Tohmahan dan cacian menusuk di kalbu
Batinmu tersiksa bak ditusuk sembilu
Sirahnya terkandung di kitab-kitab sejarah…
Namun dirimu…
Tetap tabah dan pasrah menghadapinya…
Kerana memegang amanah Ilahi…
Menegakkan kalimah suci Allah…
Di tanah bumi yang gersang…
Menyuluhkan cahaya ke jalan kebenaran.
Muhammad ,
Jasamu seluas lautan…
Tak bisa untukku membalasnya…
Kalaupun ada hanyalah secebis Cuma
Akan kuturuti segala ajaranmu…
Yang tersingkap di balik sunnahmu…
Moga itu bisa menggembirakan dirimu
Wahai kekasihku…habibil Mustafa.
karangan Abah Yie & Ummi Na at 10:11 PM 0 comments
16 March 2005
-TemAn (3)-
kusingkap kembali kenangan lalu
kuintai memori semalam
kita bersama
menghitung hari yang berlalu
kita tertanya-tanya
adakah masih punya waktu
untuk bersama kembali….
Teman…
Kita bermadah bicara
Menyulam segala rahsia
Kita tabur benih ukhwah
Tumbuhnya pokok persahabatan
kita siram air mata kejujuran
mekar subur bunga keikhlasan
Teman…
Aku sering tertanya
Cinta atau cita-cita…?
Aku keliru…
Cinta fitrah manusia…
Cita-cita memerlukan cinta..
Seiring ia bersama…
Kerana cinta…adanya cita-cita…
Kerana cita-cita hadirnya cinta..
Teman…
Majulah kita bersama
Mara melangkah
Hapuskan air matamu
Kita kan berjuang
Dalam denai kehidupan
Onak duri ditempuh bersama
Nyalakan obor perjuangan
Redha Allah pasti bersama…………
karangan Abah Yie & Ummi Na at 11:47 AM 2 comments
-seNanDung AnaK peJuaNg-
lagu ni membawa seribu satu erti dalam hidup teman.Bila dengar lagu ni...ada rasa sayu dalam hati....
Senandung anak pejuang
Pada kelembutan seraut senyuman
Pada kelunakan tutur perkataan
Ada terlukis warna kerinduan
Terkenang ayah jauh di rantauan
Ayah selalu menghilang diri
Tinggalkan ibu membilang hari
Kekadang tiada khabar berita
Namun ibu tak pernah berduka
Sesekali hati rasa cemburu
Melihat teman semuanya berayah
Bermanja bermesra kasih berpadu
Hidup gembira tiada gundah
Tidak tertahan menanggung rasa
Kepada ibu segera bertanya
Ke manakah ayah sekian lama
Hingga kini belum menjelma
Ibu termenung di dalam sayu
Senyumnya pudar tiada indah
Mungkin batinnya berlagu sendu
Bila anak rindukan ayah
Kanda memujuk ibu menjawab
Tuturnya lembut penuh hikmah
Ayah pergi ke medan jihad
Mencegah mungkar menegakkan yang hak
karangan Abah Yie & Ummi Na at 10:49 AM 0 comments
11 March 2005
-nasihat Imam Syafi'e-
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
karangan Abah Yie & Ummi Na at 10:57 AM 1 comments
10 March 2005
-menyingkap tabir memori-
karangan Abah Yie & Ummi Na at 12:31 PM 0 comments
19 February 2005
-rintihan hamba-
Seringkali kutatap diri ini
Terasa kerdil di hadapanMu
Jijik kurasakan memandang tubuhku
Yang dipalit dosa dan noda
Kutahu betapa hinanya diriku
Untuk menggapai persada cintaMu
Detik-detik yang berlalu
Kutangisi penuh keinsafan
Detik itu
Tercemar sudah
Dalam liku-liku luka
Apakah masih ada secebis harapan
Untukku menyusuri titian maghfirahmu
Aku tewas
Dalam menyusuri denai kehidupan
Aku lalai
Mengejar fatamorgana ini
Aku menjadi hamba pada keegoan dunia
Aku lemas
Dalam lautan nafsu durjana
Aku tertipu
Dalam perjuangan hidup ini
Ya Ilahi
AmpunanMu kuharap
Kekesalan yang lahir
Hatiku meronta…mendesak
Ampunkanlah dosaku ini
Moga ada ruang untukku
Dalam menggapai persada cintaMu
nukilan abdi
wardah_iium
karangan Abah Yie & Ummi Na at 3:03 PM 1 comments
-HAMKA dan kisah cinta-
Teman baca buku ni sekali, langsung tak faham. Biasalah…bahasa Indon kan? Tapi disebabkan rasa nak tahu tu begitu kuat, terpaksalah teman baca untuk kedua kalinya. Kali kedua membaca, barulah teman nampak sedikit jalan cerita HAMKA ni. Namun, masih samara-samar dan kabur-kabur lagi…seolah-olah pagi yang masih diliputi kabus :p Teman masih tercari-cari part mana yang dikatakan paling menyayat hati dan menyentuh perasaan. Sesudah sekian kalinya, teman pun dah x ingat berapa banyak kali dah teman baca buku ni…tahulah teman. Kisah cinta teruna dara yang tak kesampaian yang cuba diketengahkan oleh HAMKA pernah menjadi konflik sewaktu pengenalan tentang cerita tersebut. HAMKA pandai menyusun kata dan bahasa dalam gaya penyampaian “kisah cinta” nya itu. Kisah cinta menyayat hati tanpa kepura-puraan telah dikemaskan oleh HAMKA. Namun itu bukan kisah cinta biasa, seperti novel-novel yang ada di pasaran zaman millennium ni. “kisah cinta” HAMKA sarat dengan pengajaran dan pedoman. Kisah cinta yang berlaku antara teruna dan dara yang mana diri penuh dengan ilmu agama, bagaimana mereka juga sesekali menyalahi adat dan tatasusila sebagai orang Islam.
Namun, mengapakah kisah cinta yang cuba diketengahkan oleh HAMKA ditentang oleh Ulama’ Nusantara pada waktu itu? Haji Abdul Malik Karim Amrillah @ lebih dikenali dengan nama HAMKA bukanlah seorang yang asing. HAMKA ialah tokoh pendakwah di Nusantara, beliau bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan polifik. Beliau juga seorang tokoh pembaharuan Islam dan pemidato yang lantang bersuara. “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” @ TKVDW telah dikarang oleh HAMKA pada tahun 1938 ketika berusia 31 tahun. Kisah cinta ini telah dimuatkan dalam risalah pimpinannya iaitu “PEDOMAN MASYARAKAT”. HAMKA tetap istiqamah dalam penulisannya walaupun ada beberapa ulama’ yang menentang tindakannya itu kerana mengarang buku yang berunsur cinta dianggap menyalahi kebiasaan umum pada waktu itu. Selama lebih kurang 10 tahun HAMKA menulis tanpa henti. Ulama’-ulama’ dan orang ramai mula diam apabila kisah cinta HAMKA itu siap sepenuhnya. Tahulah mereka tujuan HAMKA menulis kisah cinta itu. Sehinggakan ada yang mengatakan “seakan-akan tuan menceritakan nasibku sendiri”…”barangkali tuan sendiri yang tuan ceritakan”… Teman sendiri pun, kadang-kadang merasakan seolah-olah teman yang diceritakan.
Pendapat peribadi teman, tak salah kalau kita cuba ketengahkan kisah cinta dalam penulisan. Namun, bukanlah kisah cinta kosong, kisah cinta yang tiada erti dan nilai. Biarlah kisah cinta yang berunsur Islamik, yang mengandungi pengajaran yang boleh diambil. Teman sendiri tertarik dengan novel karangan Abu Hassan Morad dan Saudari Ghafirah Idris.Berulang kali teman baca novel dan cerpen mereka tu. Bagaimana diselitkan sekali kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Subhanallah… Teman masih belum sempat membaca novel HAMKA yang bertajuk “DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH”. Insya-Allah ada masa teman akan cub abaca novel tu.
Tiba-tiba teman teringat sebuah cerita yang dipaparkan di TV……cerita HARYATI yang dikatakan adaptasi ilham dari novel TKVDW ini. Bila teman tengok kisah HARYATI itu sendiri, sedikit-sebanyak teman semakin faham dengan plot cerita HAMKA. Tanpa sedar, teman juga teringat “kisah cinta” seorang kawan teman yang tak kesampaian. “TEMAN” kepada kawan teman tu ada komitmen lain. TEMAN tu tak nak terikat sebab banyak masalah yang mereka hadapi. Disebabkan tu, mereka “berpisah”…lalu apa yang mampu teman katakan :
“kiranya tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah sebagai penyuluh hidupmu. Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah sebagaimana cintamu terhadapnya”
“ketika dilahirkan engkau menangis tetapi orang lain ketawa tetapi biarlah ketika meninggalkan dunia ini orang lain menangis dan engkau ketawa”
-HAMKA-
karangan Abah Yie & Ummi Na at 2:52 PM 0 comments
16 February 2005
-renungan bersama-
Tiada seorang pun pada setiap harinya melainkan ianya sebagai tamu dan hartanya sebagai pinjaman. Tamu harus berangkat meninggalkan tempat, harta sebagai pinjaman harus dipulangkan – hukamak
Sahabat yang menunjukkan kebaikan kepadamu itu sahabat yang baik, dan sahabat yang menunjukkan kesalahan padamu itulah sahabat yang lebih baik, sahabat yang membetulkan kesalahanmu itulah yang paling baik – uwais al qarni
Jadikan kemaksiatan dan dosamu pada Allah dan makhlukNya sebagai musuh yang paling ketat, di mana engkau perlu berwaspada setiap masa – uwais
karangan Abah Yie & Ummi Na at 4:53 PM 0 comments
15 February 2005
-9 februari 1984-
Kalau “orang barat”….21 tahun adalah kunci kebebasan bagi setiap remaja perempuan. Ye ke? Pada aku….tak ada kunci kebebasan…selagi aku masih di bawah tanggungan ibu bapa…kunci aku mereka yang pegang. Bila dah jadi isteri… maka kunci itu jatuh pula ke tangan suami. Suami yang “ikat” kita pula selepas kita “diikat” oleh ibu bapa kita. Jadi…x ada istilah “kunci kebebasan” seperti yang diuar-uarkan oleh “orang barat”…yelah, anak gadis kat sana bila dah cecah 21 tahun, mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa batasan. Kononnya dah bebas dari ibu bapa dan saat itulah yang mereka nanti-nantikan selama ni. Memang x dinafikan, remaja kita pada zaman ni pun dah mula terikut-ikut cara dan fikiran “orang barat” tu. 21 tahun- kunci kebebasan.
Di kesempatan ni jutaan terima kasih kutujukan khas buat MEK SU….orang pertama yg mengucapkan tahniah kepadaku. Tak lupa juga buat MAR, NU’UN, YAN, JIHA, MUKHA, KAK MAR, KAK NADIA, E-MAH….sayang kalian..
Terima kasih juga kat NIZAM-(boleh beri lagi kek tu next year ye)…KARIMAN dan HAIKAL.….moga ukhwah yang terbina kekal selamanya…
Harapan aku sempena meningkatnya umur aku ni…semakin bertambahlah amal ibadahku…semakin bertambah baiklah kehidupan yang aku lalui..dan semoga aku semakin tabah menghadapi dugaan yang datang….Tanggal 9 Februari itu juga..aku telah membuka lembaran hidup yang baru. Aku buka kembali diari baru. Segalanya baru. Segala kenangan pahit, aku simpan untuk dijadikan pengajaran….kenangan manis pula akan kukenang selamanya.
karangan Abah Yie & Ummi Na at 10:17 AM 0 comments
02 February 2005
-exam lepas-
erm....exam aku..
alhamdulillah aku dah habis exam kelmarin...
tapi...soalan agak susah....alhamdulillah RISE senang skit :p
apalah yang dijawab ni??pening kepala....
memikirkan 5 paper...nahu,sarf,rise,soca
KAK MAR ...caner SOCA? sure dpt jwb eh?Ina tak tau......
tapi takpe...biasalah adat exam...ada senang ada susah kan??
insya-Allah...final ni kita buat betul-betul...
karangan Abah Yie & Ummi Na at 3:47 PM 1 comments
31 January 2005
-bisikan-
karangan Abah Yie & Ummi Na at 9:11 AM 0 comments
-segalanya di sini-
Di desa ini
Aku mula mengenal dunia
Mengecapi nikmat-Nya..
Menongkah arus kehidupan
Yang bertali arus..
Di desa ini..
Aku mengejar pelangi
Menggapai awanan putih
Kupetik bintang bergemerlapan
Kulakar segaris harapan
Kucoret seribu impian
Di desa ini..
Bermulanya satu pertemuan
Berputiknya benih persahabatan
Terjalinnya satu ikatan
Antara kita berdua
Di desa ini
Terbongkarnya rahsia
Yang terpendam sedari dulu
Bersaksikan Allah Yang Esa
Aku pasrah atas kehendak-Nya
Segalanya di sini
Suka..duka..tawa bersama
Terpahat kukuh
Dalam memori kenangan
Tak bisa kubuang jauh
Dari kotak memori
Kerana….
Segalanya bermula di sini.
nukilan abadi
wardah_iium
karangan Abah Yie & Ummi Na at 8:55 AM 1 comments