THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

20 April 2005

-uJIan uNTUkku-

erm...lama dah x update blog nih..sebulan lebih dah.Masa cuti...teman dok umah je...tapi tetap busy. Maklumlah jadi suri rumah sepenuh masa...mengemas,memasak,membasuh, mencuci,menjemur...kecuali menjahit je teman tak buat....
dah lama tak update blog...sampaikan tak tahu apa yang teman nak cerita kat sini.Result dah keluar....alhamdulillah.Teman redha dengan keputusan yang ada.Itulah.....teman rasa, ini ujian yang Allah nak beri.Allah uji teman dengan keputusan ni....mula-mula,menangis juga teman tengok result.Sedih sebenarnya.Tapi,rakan-rakan teman banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan serta nasihat.
-Ini ujian yang Allah beri untuk ina.Allah nak uji sama ada ina tabah atau tak.
-maybe....ini satu peringatan untuk diri ina.Ina jaga tak hubungan ina dengan Allah?
-ina usaha tak?sebanyak mana ina usaha?sebanyak mana doa ina?
-mungkin ina belum pandai urus time dan self management.
-kurangkan sikit aktiviti ina.Cuba check hubungan dengan Allah,ibu bapa,kawan-kawan dan guru.
banyak lagi sebenarnya yang rakan-rakan teman katakan.Tak tahulah teman....macam mana ni?
pening...pening...pening...

-BoNDa-

BONDA
REDUP PANDANGANMU MENYIMPAN DUKA
LEMBUT BICARAMU MENUSUK DI JIWA..
TERUKIR SENYUMAN DI BIBIRMU..
TENANG HATIKU TERASA BAHAGIA.

MASIH KUINGAT KENANGAN SEMALAM..
SUKA DUKA KITA BERSAMA..
SEMUANYA TERSIMPUL MENJADI SATU
DALAM IKATAN YANG KUKUH..
TAKKAN GOYAH DITELAN MASA LALU..

C/O
INGINKU BERSAMAMU SELAMANYA..
KITA BERSAMA MELEWATI HARI-HARI
YANG BAKAL MENJELMA..
TAK SIAPA BISA MEMISAHKAN KITA..
MELAINKAN ALLAH YANG MAHA ESA

NAMUN BEGITU SUDAH DITENTUKAN..
KITA DITAKDIRKAN BERPISAH
KAU PERGI TINGGALLAH DAKU SENDIRI
KUGAGAHI DIRIKU INI
UNTUK MENUJU NOKTAH KEHIDUPAN
BERSAMA NASIHAT DAN AMANAHMU..

C/O
AKAN KUSUSURI PERJALANAN
TAKKAN KUTOLEH MEMORI SEMALAM
KERANA KUTAHU KAU TAKKAN KEMBALI
NAMUN SATU PINTAKU
NANTIKANLAH DIRIKU INI
DI MAHLIGAI SYURGA FIRDAUSI..