THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

15 May 2005

-ePiLOg-

EPILOG

DUNIA INI KURASA ASING...
KOSONG...
AKU TERLONTAR JAUH...
DARI KENANGAN SILAM...
INGIN KULUPAKAN SEMUANYA...
MEMORI HITAM ITU..
YANG DIBAYANGI KEPALSUAN...
MEROBEK TANGKAI HATIKU..
SUNGGUH...
KUTANGISI JIWA NAN SEPI..
KULAGUKAN MELODI SUMBANG..
HATIKU PILU..
HADIRLAH CAHAYA...
BIASKANLAH NUR SAKINAHMU...
DALAM PERDU HATIKU…
KUYAKIN...
EPILOG SILAM KELMARIN... .
AKAN BERLALU DIBAWA BAYU…
AKU PASRAH

nukilan abadi
wardah_iium
2003 (kembarahati.blogspot.com)

-DeNGarkAnLaH-

erm...ni tak tahu ana nak masukkan dlm kategori ape...sajak ke lirik lagu ke...syair ke..
"lirik" ni ana dan adik2 cipta masa dok umah hari tu...
ape pun...SAYANG ABAH

DENGARKANLAH

SEMUSIM TELAH PUN BERLALU
SEJAK AYAH MENINGGALKAN KAMI
RINDUNYA DI HATI INI
UNTUK MENATAP WAJAHMU
YANG SEMAKIN DIMAMAH WAKTU

HILANGNYA DIRIMU
SEPI TANPA BERITA
KAU BIARKAN DIRI BONDA
MENAHAN GELORA DI DADA
MENANGGUNG RINDU YANG MEMBARA
DARI NURANI ISTERI YANG SETIA

KUTAHU DIRIMU DERITA
MENGHADAPI DUNIA FANA
MENGHARUNGI GELOMBANG KEHIDUPAN
NAMUN CEKALNYA HATIMU
MELAWAN DUGAAN YANG MENERPA

KEMBALILAH SEGERA
WAHAI AYAH YANG TERCINTA
HAPUSKANLAH SEGALA NESTAPA
YANG MEMBELENGGU DIRIMU
USAH KAU BIARKAN
KAMI MERINDU DI ANGIN LALU
KUYAKIN KAU JUA TAHU
SAYANGNYA DIRIKU TERHADAPMU

PASRAHKANLAH DIRIMU
TERHADAP ALLAH YANG SATU
KERANA HANYA DIALAH
ALLAH YANG ESA
PENENTU SEGALANYA.

nukilan rasa
wardah_iium
kembarahati.blogspot.com

05 May 2005

-bUnGA-BunGA rINdu-

PUTIK RINDU KIAN BERCAMBAH
DISULAMI CINTA KUDUS
KUNTUM BAHAGIA MULA MEMEKAR
DIHAMBAT SEGUNUNG HARAPAN
PADAMU KEKASIH ALLAH
MENATAP SEJENAK PERIBADIMU
KULAKAR INDAH SEGARIS IMPIAN
KUKETUK PINTU HATI
YANG DULUNYA SEAKAN GERSANG
KINI SEMAKIN HANGAT TERASA
CINTAKU PADAMU
TAK TERGAMBAR DENGAN BICARA
RINDUKU PADAMU
TAK TERCALAR HATTA SECARIK LUKA
HATI INI SEAKAN BERBISIK
CINTAKU ADA PADAMU
DUA HATI AKAN BERSATU
RAHMAT ILAHI MEMAYUNGI DIRI
KAU MILIKKU...AKU MILIKMU
HABIBALLAH
RINDU DUNIAWI CINTA UKHRAWI

bingkisan abadi
wardah_iium
2004
kembarahati.blogspot.com

-SesUc! kAs!HmU-

Aku mendengus perlahan. Suasana yang sepi dan sunyi malam ini tidak menyisihkan resah di hati. Bayu malam yang bertiup lembut tidak berupaya meredakan kepanasan hatiku. Aku jengkel. Argh, bosan. Astaghfirullah…aku beristighfar seketika. Ruang tamu bercat biru langit kutoleh sekilas. Perabot-perabot yang baru ditukar semasa hari raya kelmarin tersusun rapi.


Dari jendela, aku beralih ke kusyen empuk lalu menghenyakkan punggungku. Fikiranku bercelaru, berserabut. Banyak yang aku fikirkan. Tugasan guru, minit mesyuarat rumah sukan, aktiviti sekolah, kenduri kahwin anak Pak Su.Ah, kenduri! Mata yang hampir terkatup rapat kujegilkan seketika. Mengenangkan perkataan kenduri, serta-merta hatiku sayu. “Ifa, ada orang merisik pasal Ifa,” ummi memandang wajahku sambil tersenyum. Kurenung wajah tua itu bagi mencari kebenaran kata-kata yang menyesakkan dadaku. “Betul Ifa.Babah pun tak sangka. Tup-tup, puteri babah ni dirisik orang. Pandai anak babah ye .Tak beritahu kami pun yang Ifa dah ada calon suami,” usikan babah benar-benar membuat aku terpana.


“Ummi, babah. Maafkan Ifa. Ifa tak tahu menahu langsung pasal ni. Ifa tak faham. Ummi dan babah bergurau ye?”aku pula bertanya. Hatiku sudah tidak keruan. Debarannya hanya Tuhan yang tahu. Ish, siapa pulak yang masuk merisik aku ni? Pandai-pandai betullah. Aku semakin terkejut setelah mendengar cerita ummi. Rupa-rupanya semasa ketiadaanku, ada jejaka yang datang merisik. Ummi kata orangnya lulusan UIA juga. Jurusan undang-undang syariah. Baik, hormat orang tua, sopan-santun, berbudi-bahasa dan pandai mengambil hati. Hmm…itulah komen ummi. Aku hanya mendengar setia sedangkan fikiranku menerawang jauh. “Kalau Ifa terima, insya-Allah, ummi ingat nak langsungkan pertunangan tu tak lama lagi. Tak pun, terus nikah…kan senang. Ummi pun cepat sikit dapat menantu lelaki,” usik ummi lagi


aper???
aku nak kena nikah ke???
jom kita baca apa yang terjadi............

  • sesuci kasihmu





  • 04 May 2005

    -RIntiHAn NaLuri-

    Kuukir namamu di lubuk hatiku…
    Kusemadikan kasihMu di belahan jiwaku..
    Cintaku ini adalah yang satu..
    Tiap detik aku merinduiMu…
    Kudambakan cinta kasihMu wahai Tuhanku

    Aku pelakon di pentas operaMu…
    Ceritanya kurangka tanpa arahanMu…
    Kau mengadili tiap gerak langkahku..
    Menjadikan aku takut pada lakonanku…
    Andai tersasar jauh dari landasanMu..

    Layakkah aku menggalas amanahMu..
    Mampukah daku menegakkan kalimahMu
    Mengabadikannya di lubuk hati hambaMu
    Namun diriku terasa begitu kaku…
    Kerana kutahu di mana kemampuanku.

    Terbitkanlah cinta dalam dadaku…
    Lahirkanlah rindu di perdu hatiku..
    Agar kutahu penangan cintaMu..
    Abadi selamanya dalam jiwaku..
    Wahai Tuhanku Allah yang satu.

    Dengarlah rintihan naluri dari hambaMu..
    Yang bersarang lamanya sekian waktu..
    Tiap saat kurindukan JannahMu…
    Hanya padaMu tempat daku mengadu..
    Ampunilah daku wahai Tuhanku..

    CETUSAN RASA :
    wardah_iium
    kembarahati.blogspot.com

    -HAmpAraN KasIh-

    Kita bersama menyusurinya…
    Mencari hakikat suatu pengertian
    Menanti terbongkarnya satu kebenaran
    Bersaksikan sekelian penghuni alam
    Akan tersingkaplah tabir rahsia
    Di celah-celah roda kehidupan
    Yang semakin meniti usia senjanya
    Kita bersama menyusurinya…
    Hamparan yang luas terbentang kini
    Menanti kaki-kaki suci menjejakinya
    Sampaikah kita di penghujung jalan
    Andai diri kita lebur dimamah dosa
    Disirami titisan racun dunia
    Umpama laluan titi usang yang rapuh
    Kita bersama menyusurinya…
    Menuju lorong-lorong yang abadi
    Mengharap Jannah Firdausi Ilahi I
    nilah semurni impian hakiki
    Yang menyinari jiwa nan sepi
    Bercambahlah rindu di lubuk hati
    Dalam menggapai martabat yang tinggi
    Hamparan kasihMu Ya Ilahi…
    Seluas ciptaan yang Kau miliki
    Betapa aku syukurinya kini
    Limpahan rahmat Mu menggunung tinggi
    Andai bisa kumiliki cinta Mu itu
    Akan kusemadikan di lubuk hatiku
    Agar diri ini bertaut denganMu…
    bingkisan abadi...
    wardah_iium
    kembarahati.blogspot.com

    -JiWAng???-

    -"ish...jiwangnya lah budak ni...."
    -"kenapa pulak?"
    -"yelah...skit-skit sajaklah....puisilah...syair lah...cerpenlah....takde benda lain ke?"
    -"apa salahnya? dah itu dia punya minat.Biarkanlah...."
    -"sesekali cubalah buat benda yang berbentuk ilmiah sikit.Asyik nak berjiwang...bila nak maju dari segi ilmiah?"
    adui....adui...
    macam mana nak jawab?Betul ke orang yang suka menghasilkan cerpen...sajak...orang yang jiwang?Ana pernah ditanya oleh seorang sahabat....
    -ina,kenapa suka buat sajak atau cerpen?
    -pada ina tu satu kepuasan.Entahlah....ina memang minat buat sajak dan cerpen ni.
    -Tak rasa jiwang ke?
    -jiwang?Entah.Macam mana tu?Adakah orang yang sering buat sajak atau cerpen ni memang dicop sebagai orang yang jiwang?
    -memang selalunya macam tu lah.
    -Tapi...ada juga orang yang kerjanya ke arah sains dan teknologi ni buat sajak atau cerpen.Tu macam mana?jiwang juga ke?
    -erm...a'ah ye?camana?jiwang kot?
    -jiwang tu macam mana sebenarnya?Adakah seseorang tu dikira jiwang andainya dia menggunakan bahasa yang berbunga di dalam setiap cerpen/sajaknya?Ataupun orang tu suka dengar lagu2 yang mendayu-dayu sehingga digelar mat jiwang?
    -???
    heh...ana pun x tau nak cakap apa.Bukan sekali dua orang kata ana ni jiwang....dah banyak kali pun...tapi persoalannya....adakah ana benar-benar jiwang?Salahkah ana nak buat sajak/cerpen je?Bukan x berminat nak buat artikel ilmiah...tapi ana belum mahir nak mengupas sesuatu isu.Ana memang dari kecik lagi suka buat sajak/cerpen..ana memang sukakan kesenian.Dari situ....ana kembangkan skit-skit dan selitkan sedikit-sebanyak unsur tarbiyyah dlm karya ana. Tak apalah..lps ni ana cuba masukkan cerpen ana yang berbentuk islamik...tapi "jiwang sikitlah" ye...

    03 May 2005

    -keSUsaHan dAn KeseNaNGAn UjiaN dARI Allah-

    Setiap manusia diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Ujian yang Allah datangkan terdiri dari segi kesenangan,kesusahan,rohani mahupun jasmani.Ujian bukti Allah sayangkan kita, hanya kita yang tidak mengetahui bahawa DIA sayangkan kita.
    Ada manusia diuji hatinya penuh dengan rasa duka. Ada juga manusia diuji hatinya penuh rasa gembira.Allah berhak menguji kita mengikut kemahuan-Nya.Ada manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kepada mereka.Mereka fikir,kesenangan yang Allah beri itu hanya sekadar satu nikmat.Namun mereka tidak tahu, sebenarnya itu juga satu bentuk ujian daripada Allah sebenarnya. Allah hendak lihat sama ada kita semakin bersyukur dengan nikmat yang Allah beri atau sebaliknya.Adakah kita semakin alpa dan riak?Atau...adakah kita semakin bersyukur?
    Kesusahan juga merupakan satu bentuk ujian daripada Allah.Allah hendak menguji sama ada kita sabar dan tabah dalam menghadapai ujian Allah atau sebaliknya.Allah datangkan ujian dalam bentuk kesusahan....rohani mahupun jasmani.Di sinilah nanti letaknya penilaian Allah terhadap hamba-hambaNya.Orang Mukmin pastinya menghadapi ujian Allah ini dalam keadaan yang sabar dan tabah.Namun ada juga sebaliknya.Mereka mengatakan Allah tidak adil.
    Seorang "sahabat" teman hampir putus asa apabila dirinya diuji dengan ujian yang berat.Sahabat teman hampir menyalahkan Allah atas apa yang berlaku.
    -Dia kata
    -"Allah dah tak sayangkan saya agaknya.Kenapa dalam ramai-ramai orang, saya yang ditimpa ujian berat ni? Kenapa tak orang lain?Tak adil!!!"
    Lalu apa yang teman boleh katakan....
    -"itu tandanya Allah masih sayangkan (.....)...ujian bukti Allah sayangkan (...)..Kalau Allah tak sayangkan (...)..mungkin Allah akan biarkan (...) terumbang-ambing. Allah takkan pedulikan (...) lagi...kan?Tapi percayalah....setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Percayalah.. Allah sayangkan (...)..
    Bila teman fikir-fikir balik...betul juga apa yang teman cakap tadi tu.Ujian bukti Allah sayangkan kita.Apa tujuan Allah turunkan ujian ke atas hamba-hambaNYa?
    1-Allah hendak menguji sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ke atas hamba-hambaNya
    2-Allah hendak menguji sejauh mana kita tabah dan sabar dalam menghadapi ujian Allah
    3-Allah hendak menilai sejauh mana tahap keimanan kita terhadapNya
    4-Allah hendak melihat sama ada kita betul-betul Mukmin ataupun sebaliknya..
    dan teman rasa sahabat-sahabat semua boleh berfikir sendiri.....kenapa Allah hendak menguji kita?

    -KeSIhAtAn-

    Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan

    -1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan mereka tak gemuk.

    2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit(susah nak kena sakit).

    3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepasmembaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udaradalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

    4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang telah menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jikadalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

    5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandungdi celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)

    Wassalam...