THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

15 December 2006

-imbas-

-imbau-





* kenangan masa raya...adik e'im dapat duit raya dari babah :)
inilah first time rasa beraya yang sebenar setelah setahun lamanya tak dapat beraya.
teringat pagi raya...time nak mandi sunat hari raya, adik e'im menangis-nangis tak nak mandi kesejukan. hehehe..tapi bila dapat duit raya dari babah, senyum memanjang.
Belum ada karya terbaru nak di "post" kat sini...insya-Allah next time.

* thanks kat sesiapa yang dah baca karya "LEMBAYUNG RINDU". Moga-moga rindu yang Allah kurniakan kepada kita akan kembali semula kepadaNYA..aamin.

* saper2 yang singgah umah ni, maap banyak2 deh..lama sangat tak hias dan kemas rumah...

* "KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR ADALAH BILA ANDA DAPAT MEMBERI KEBAHAGIAAN KEPADA ORANG RAMAI"

03 March 2006

-utusan-

utusan ini
zahirnya biasa sahaja
bicaranya tanpa suara
hadirnya tanpa dipinta
perginya tanpa dipaksa
namun kini...
utusan ini
zahirnya kiasan jiwa
bicaranya seribu makna
hadirnya membawa bahagia
perginya mengundang nestapa...
kembarahati
februari2006

02 February 2006

-short poems-

kuhirup secangkir madu iman...
kusulam sehelai cinta taqwa...
kusemai setulus kasih abadi...
kulerai segenap pintalan dosa...
kuanyam hamparan qalbu suci...
kubingkiskan hanya untukMu...Rabbul Izzati
nukilan abadi
kembarahati
14/01/06
setapak melangkah...
menghampiri gerbang maghfirahMu...
degup jantung berombak laju...
desah nafas menjadi satu...
lisan jiwa menghambat sendu...
bicara qalbu mencengkam pilu...
alunan zikri terlontar sayu...
menjengah fikri sedari dulu...
lewatkah aku..
menagih secebis cintaMu?
nukilan abadi
kembarahati
15/01/06