THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

07 May 2009

- syair untuk ADAM & HAWA

Untuk Adam

Pernikahan atau perkahwinan,
menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah.
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah......

Pernikahan atau pun perkahwinan,
mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,

Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan ridha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamallauwajhah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh...


Untuk Hawa

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Membuka tabir rahsia.
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Ayub,
Ataupun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf,
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman,
Yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh....

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajarkan kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami menjadi nahkhoda kapal, kamu navigatornya.
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya.

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah,
Yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukanlah Hajar,
Yang begitu setia dalam sengsara.
Cuma wanita akhir zaman,
Yang berusaha menjadi solehah....

* semoga kami dikurniakan zuriat yang soleh solehah sebagai penyejuk mata dan penawar hati kami -Ummi Na&Abah Yie

susah ke nak e-mail

e-mail? erm,kenapa kali ni nak bercakap pasal e-mail? soalan untuk diri sendiri hehehe. Sebelum ni kami (ina&yie) memang jarang buka e-mail. Bukan apa,sebab masa tu internet belum ada kat rumah lagi. So, nak melangkah ke cyber cafe (walaupun dekat) memang cukup payah...kekangan masa,dihambat dengan kerja-kerja pejabat dan sekolah..memang payah kami nak buka e-mail apatah lagi membalas e-mail sahabat2 kami.

Abang pun sejak dah ada internet ni, dia jarang buka e-mail...tak berkesempatan. So,ina yang kena buka,baca dan adakala reply mesej2 abang tu...secara tak langsung merangkap "secretary" abang yang tak bertauliah hehehe. Tapi seronok juga..buka e-mail abang. Itupun setelah diberi keizinan...

Kadang2, ramai sahabat 'merungut' kenapalah kami ni tak reply mesej2 yang diberi. Pelik betul...tapi itulah hakikatnya. Memang agak 'perit' juga tak ada internet di zaman sains teknologi ni. Sekarang ni dah tak macam dulu...hantar surat by hand ataupun pos. Erm,sekarang ni semua di hujung jari. Klik! Tapi,bila fikir2 semula...lagi seronok kalau hantar surat macam dulu-dulu...lagi ada kenangan,best..terasa syahdu je. Dengan bauan 'bedak wangi' :)

Okeylah, kepada sahabat2 semua...kami mohon maaf andai sebelum ini tidak berkesempatan membalas e-mail kalian. Insya-Allah, selepas ini kami akan cuba reply e-mail2 yang 'terbengkalai' dalam inbox kami sekian lama...

06 May 2009

-saat itu-



* kenangan ketika jalan-jalan makan angin di Port Dickson *

time ni kami temankan Cik Dah (mak sedara abang) meninjau-ninjau lokasi untuk temuduga guru di Politeknik. Erm,pergi dah petang so tak sempat nak gi mandi-manda kat pantai heheh.

Kebetulan time ni Ewa (adik abang) datang menziarahi kami di Seremban. Tapi memang seronok dapat makan angin waktu tu..


- Cik Dah with Ayah Lah (Pasangan romantis-tengoklah baju tu,sedondon je warnanya)


- Kami bersama Ewa di tepi pantai...angin sepoi-sepoi bahasa,waduh nyamannya!