THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

31 January 2005

-bisikan-

BISIKAN
BISIKAN ITU MASIH KUDENGARI…
KALIMAH SUCI…
MENGGAMIT HATI NURANI
BISIKAN ITU…
TERASA SEMALAM…
BERLALU DIBAWA BAYU…
MELINTAS SEPINTAS LALU…
BISIKAN ITU…
MASIH KUINGATI…
KERANA KUTAHU…
IA AKAN KEMBALI…
MENGGAMIT DIRIKU…
MENEMUI ILAHI…
LAILAHAILLALLAH…
BISIKAN ITU…
MAKIN TERASA…
KEHADIRANNYA…
SEDETIK…DUA DETIK…TIGA…
LAILAHAILLALLAH…
YA ALLAH….
AKU MENGHADAPMU
KEMBALI KEPADAMU…
TERIMALAH DIRIKU…
LAILAHAILLALLAH…
Cebisan rasa : wardah_iium

-segalanya di sini-

SEGALANYA DI SINI

Di desa ini
Aku mula mengenal dunia
Mengecapi nikmat-Nya..
Menongkah arus kehidupan
Yang bertali arus..
Di desa ini..
Aku mengejar pelangi
Menggapai awanan putih
Kupetik bintang bergemerlapan
Kulakar segaris harapan
Kucoret seribu impian
Di desa ini..
Bermulanya satu pertemuan
Berputiknya benih persahabatan
Terjalinnya satu ikatan
Antara kita berdua
Di desa ini
Terbongkarnya rahsia
Yang terpendam sedari dulu
Bersaksikan Allah Yang Esa
Aku pasrah atas kehendak-Nya
Segalanya di sini
Suka..duka..tawa bersama
Terpahat kukuh
Dalam memori kenangan
Tak bisa kubuang jauh
Dari kotak memori
Kerana….
Segalanya bermula di sini.

nukilan abadi
wardah_iium

-kuhampiri cahaya-

Kuhampiri cahaya

Kuintai jendela sufiah..
Mencari sinar hidayah
Kulerai belenggu nafsu
Memancar kilauan mujahidah
Kucantas sulur mazmumah
Bertunas pucuk keinsafan
Ketenggelamkan kapal keegoan
Belayarlah bahtera keikhlasan
Lantas bercahaya wajah suram
Indah menghias memancar seri
Terserlah riak syukur
Kini…
Kuabdikan diri..
Mencari restu redha Ilahi…
adaptasi ilham :
mahasiswa UTM

-pesanan terakhir SYED QUTB-

PESANAN TERAKHIR SYED QUTB

Saudara !
Seandainya kau tangisi kematianku…
Dan kau siram pusataku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh…
Nyalakanlah obor buat umat ini..
Dan…teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya..

Saudara !
Kematianku adalah suatu perjalanan..
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu..
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku..
Burung-burung berkicau riang menyambutku..
Bahagialah hidupku di alam abadi..

Saudara !
Puaka kegelapan pasti akan hancur..
Dan ala mini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya..
Janganlah gentar berkelana di alam abadi..
Nun di sana fajar sedang menanti…

29 January 2005

-masih lenakah kita-

Apakah kita masih lena diulit mimpi
Tatkala jeritan sumbang memecah sepi
Darah memercik di sana sini
Mayat bergelimpangan tanpa ihsan diri
Menggamit naluri menyentuh hati..

Apakah kita masih lena diulit mimpi
Ketika musuh datang merapati
Mencabul hak-hak kehidupan insani
Maruah Islam sengaja dicemari
Demi kepuasan nafsu yang tidak terperi

Apakah kita masih lena diulit mimpi
Sewaktu mujahid memperjuangkan diri
Taruhan nyawa silih berganti
Syahid menjadi impian yang tinggi
Demi mendapat keredhaan Ilahi

Apakah kita masih lena diulit mimpi
Atau mata kita telah dikaburi
Sehingga alpa akan tanggungjawab diri
Amanah Ilahi ditolak tepi
Kitakah insan yang dinanti-nanti?

Sedarlah kalian semua
Bangkitlah dari lena
Jihadlah selagi terdaya
Pastilah syurga menanti di sana...


nukilan abdi
wardah_iium

-hamparan kasih-

Kita bersama menyusurinya…
Mencari hakikat suatu pengertian
Menanti terbongkarnya satu kebenaran
Bersaksikan sekelian penghuni alam
Akan tersingkaplah tabir rahsia
Di celah-celah roda kehidupan
Yang semakin meniti usia senjanya

Kita bersama menyusurinya…
Hamparan yang luas terbentang kini
Menanti kaki-kaki suci menjejakinya
Sampaikah kita di penghujung jalan
Andai diri kita lebur dimamah dosa
Disirami titisan racun dunia
Umpama laluan titi usang yang rapuh

Kita bersama menyusurinya…
Menuju lorong-lorong yang abadi
Mengharap Jannah Firdausi Ilahi
Inilah semurni impian hakiki
Yang menyinari jiwa nan sepi
Bercambahlah rindu di lubuk hati
Dalam menggapai martabat yang tinggi

Hamparan kasihMu Ya Ilahi…
Seluas ciptaan yang Kau miliki
Betapa aku syukurinya kini
Limpahan rahmat Mu menggunung tinggi
Andai bisa kumiliki cinta Mu itu
Akan kusemadikan di lubuk hatiku
Agar diri ini bertaut denganMu…

bingkisan abadi... wardah_iium

28 January 2005

-bingkisan buat ADAM-

ADAM…
Ketahuilah,kalian merupakan pemimpin wanita. Allah menciptakan lelaki untuk melindungi wanita…menyayanginya serta mengasihinya. Rasulullah adalah contoh terbaik untuk diteladani, bagaimana baginda memperlakukan isteri dan anak perempuan dengan baik…


Duhai sahabatku…
Bukalah matamu seluas-luasnya..lihatlah apa yang berlaku di sekelilingmu. Dunia hari ini menyaksikan betapa kekejaman dan keganasan bermaharajalela di merata tempat. Terkujur tubuh lesu tanpa ehsan…darah memercik di serata tempat…tangisan tanpa air mata… di manakah kalian?


Lihatlah keunggulan Rasulullah…keluasan ilmu Saidina Ali…keberanian Saidina Umar…Kehandalan Saad Abi Waqqas… ketekunan Imam Al-Ghazali…contohilah mereka

Hakikat kejadian lelaki penuh dengan ketegasan mahupun kekerasan…namun usah kalian menggunakan kelebihan itu di jalan yang salah. Dikatakan bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Andai kalian bisa melawan tuntutan nafsu itu, pastinya kejayaan MILIK KALIAN....SEDARLAH KALIAN SEMUA

bingkisan buat HAWA

HAWA…

“ketahuilah kalian adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu juga kalian adalah tamsilan kepada kerosakan dan kemusnahan”

Allah menciptakan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami, kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon agar Allah mengurniakan seorang seorang teman untuk dijadikan teman bergurau,akhirnya terciptalah Hawa dari tulang rusuk kiri baginda. Hiduplah baginda dengan penuh kebahagiaan. Seorang wanita cukup mudah untuk memasuki syurga namun seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka.

“wanita merupakan sayap kiri bagi seorang lelaki”.ketahuilah di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri teguh seorang wanita. Namun wanita juga punca kejatuhan seorang lelaki.
Duhai sahabatku…

Ketahuilah hakikat kejadianmu itu. Fitrah wanita penuh dengan kelembutan yang mampu menggugat iman seorang lelaki. Jangan kalian mencemarinya hanya untuk kepentingan sendiri. Jadikanlah malu itu sebagai mahkota hiasanmu…jua perisai buat dirimu. Basahkanlah bibirmu dengan lafaz zikrullah…hiasilah wajahmu dengan titisan wudhu’.

Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya dan membimbing dirinya ke jalan Allah

-koleksi ring tones nasyid-

Hakikat bahagia
8d2 8g2 8a2 4#a2 8d2 4d2 4#a2 4a2 4g2 4f2 8f2 8g2 8f2 4g2 8#a1 4#a1 4g2 4f2 4#d2 4d2 8d2 8#d2 8d2 4#d2 8d2 4.#d2 8d2 4.#d2 8d2 4c2 8#a1 8d2 1c2 8d2 8g2 8a2 4#a2 8d2 4d2 4#a2 4a2 4g2 4f2 8f2 8g2 8f2 4g2 8#a1 4#a1

lakaran minda
4a2 4#a2 4c3 4#a2 4a2 2#a2 4a2 4g2 2a2 4g2 4f2 2g2 4f2 4#d2 2f2 4#d2 4d2 2#d2 4c2 4#a1 2a1 1c2 4#a1 4c2 4d2 4d2 4d2 2d2 4d2 4c2 4d2 2#d2 2d2 4.d2 8- 4#a1 4c2 4d2 4d2 4d2 2d2 4d2 4c2 4d2 2#d2 2f2 8f2 8g2 2.f2

Yang abadi
8d2 2#a2 8.a2 8.c3 8#a2 4a2 4g2 8e2 8f2 8g2 8c2 2a2 8.g2 8.f2 8e2 4g2 4f2 8d2 8e2 4f2 8.d2 4.g2 8.g2 8.f2 8e2 4d2 4#c2 8#c2 8d2 8e2 8a1 4.f2 8e2 8f2 4g2 4#a2 2a2

Destinasi cinta
8d2 8e2 8f2 8f2 8f2 8f2 8f2 8f2 4f2 2g2 8- 8e2 8f2 8g2 8g2 8g2 8f2 4g2 4a2 4g2 2f2 8d2 8e2 8f2 8f2 8f2 8f2 4f2 4g2 4.e2 8#a2 8.a2 8.g2 8.f2 1e2

Kasihku abadi
8e1 8a1 8b1 2c2 8c2 8b1 8c2 8b1 4a1 4.f1 8d1 8g1 8a1 2b1 8b1 8c2 8d2 8b1 4a1 4.g1 8e1 8f1 8g1 2a1 8a1 8g1 8f1 8e1 2#d1 8e1 8f1 8g1 8#g1 2f1 4a1 8#g1 8a1 2.b1 (Biar hilang kabus diwajahku....)Tempo : 100

Sentuhanmu
4b1 4b1 4b1 8a1 2g1 4d1 8d1 8g1 8b1 4a1 8a1 8a1 4a1 4g1 2.#f1 4- 4c2 4c2 4c2 8b1 2a1 4d1 8d1 8g1 8a1 4b1 8b1 4b1 4d2 2.g1 4- 4b1 4b1 4b1 8a1 2g1 4b1 8b1 8c2 8b1 4c2 8c2 4c2 4d2 2e2

Setanggi syurga
4#a1 4c2 2d2 8- 4g1 4a1 4g1 4a1 4#a1 4f2 4#d2 2#d2 4- 4#d2 4g2 4g2 4f2 2c2 8- 4a1 4#a1 4c2 2#d2 4d2 4c2 2d2 4- 4d2 4f2 4f2 4#d2 2#a1 8- 4g1 4a1 4#a1 4f2 4#d2 4#d2 4- 2#d2 4d2 4c2 1d2 8- 8c2 8#a1 4c2 2d2

Nour el shams
8a1 8a1 4f2 16- 8f2 16f1 32e1 32f1 16e1 8d1 8a1 8a1 4f2 16-8f2 16f1 32e1 32f1 16e1 8d1 8#a1 8#a1 4g2 16- 8g2 16g1 32f1 32g1 16f1 8.e1 8a1 16a1 8a1 8a1 8a1 16g1 32a1 32.g1 16f1 32g1 32.f1 16e1 32f1 32.e1 8.d1 8f1 16- 16a2 16-16d3

pasrah segalanya
8c3 8d3 4#d3 8d3 4.#d3 8d3 4.#d3 8g2 4g2 4#a2 2.#a2 4.c3 2.#g2 8#a2 8c3 4d3 8c3 4.d3 8c3 4.d3 8d3 4d3 4f3 2.f3 4.g3 2.#d3 8g2 8#a2 4c3 8#a2 4.c3 8#a2 4.c3 8#d2 4#d2 4g2 2.g2 4.f2 2.#g2 4c3 4b2 8b2 2.b2 8c3 4.d3 8g2 4b2 4.d3 2.d3 1c3

sutera kasih
2.c2, 8#a1, 8c2, 4#c2, 8c2, 4.#a1, 4#g1, 4g1, 8#g1, 4.#a1, 8#g1, 8#a1, 4c2, 8#a1, 4.#g1, 4g1, 4f1, 8g1, 4.#g1, 8g1, 8#g1, 4#a1, 8#g1, 4.g1, 4f1, 4e1, 4f1, 4g1, 4c1, 2#g1, 2#a1, 2a1, 4#a1, 4c2, 2#c2, 2f2, 4#d2, 8f2, 4.g2, 4#d2, 2#g2, 2g2, 2f2, 4c2, 4#d2, 2#c2, 2f2, 2#d2, 2g2, 1f2






27 January 2005

-sesuci wardah-

WARDAH,
SEINDAH NAMAMU,SECANTIK WAJAHMU
SELEMBUT DIRIMU,SEHALUS SENTUHANMU
DIRIMU BISA MELEMAHKAN IMAN
SEORANG INSAN BERNAMA ADAM
HANYA KERANA DIKAU BERGELAR WANITA
WARDAH,
DIRIMU TERLETAK JAUH DI SINGGAHSANA
DIPAGARI DENGAN TEMBOK BERDURI
DIBAJAI DENGAN WADAH KASIH-SAYANG
DISIRAMI DENGAN AIR MATA KEINSAFAN
HATTA SUCI MEWANGI SELAMANYA
WARDAH,
BISAKAH ADAM MENGEMIS CINTAMU
MERAIH SENTUHAN KASIH-SAYANGMU
ANDAI DIKAU DIAM MEMBISU KATA
DALAM KETULUSAN CINTA YANG KAU HARAPKAN
PADA KHALIQMU...RABBUL IZZATI?
WARDAH,
HIASILAH WAJAHMU DENGAN TITISAN WUDHU'
BASAHILAH BIBIRMU DENGAN LAFAZ ZIKRULLAH
JADIKANLAH MALU ITU MAHKOTA HIASANMU
JUA PERISAI BUAT DIRIMU
WARDAH,
BEBASKANLAH DIRIMU SEGERA
DARI KEPOMPONG HIDUP YANG DURJANA
TEGAKANLAH HATIMU YANG KIAN RAPUH
DEK DUNIAWI YANG PENUH PANCAROBA
HAYUNKAN LANGKAHMU KE DESTINASI ABADI
KERANA DI SANA
TERSEDIA MENANTI
TEMPAT SUCI DIKAU BERSEMADI

bingkisan abadi

wardah_iium

NUKILAN INI KHAS DITUJUKAN BUAT INSAN YANG BERNAMA WANITA

-persimpangan-

Di persimpangan ini..
Aku sendirian..
Terumbang-ambing
Di lautan kasih-sayang
Mencari sinar iman Cinta-Mu Tuhan
Adakah mungkin
Aku akan dikecewakan..?
Tak mampu kutoleh..
Episod semalam..
Pastinya luka pedih
Bercalar kembali..
Diriku ini..
Penuh noda dan dosa..
Mampukah kugapai kembali
Sinar cinta kasihMu Tuhan?
Biarlah segalanya..
Dibawa angin bayu
Berlalu bagai desiran angin
Tertutup sudah cerita silam
Terkunci rapat kenangan semalam
Di ruang taubat hati hambaMu..
Aku percaya..
Di persimpangan ini..
Kau tetap bersamaku..
Mengharungi titian hidup..
Demi cinta suci-Mu..
Ya Rabb..
nukilan abadi
wardah_iium

sedarlah...

"Tidak berlakunya kiamat, sehingga ditarik ilmu2 (agama), kerap berlaku gemba bumi, masa bergerak pantas, dan tersebarnya banyak bentuk fitnah dan kezaliman serta pembunuhan" [Sahih Bukhari]

azam aku 2005

Bila sebut azam ni je kan...aku mesti terkenangkan azam aku sejak tahun dulu-dulu.Entahlah...azam hanya azam semata.Tahun 1999 dulu aku berazam nak dapat 9A PMR...tapi x dapat pun..
2000...aku berazam nak belajar sungguh-sungguh...tapi?hampeh je rasanya
2001...tahun SPM...azam aku nak dapat 11A1...tapi cuma dapat 5A je..
tapi sejak tu..aku dah tak ada azam...sebab semua azam aku...aku tak dapat nak sempurnakan..
Bila masuk u ni...barulah minda aku "terbuka sikit"...
sebenarnya...azam tu hari-hari boleh..bukannya tahun baru,baru kita ada azam baru..
But..ada kawan aku cakap, azam jangka panjang dan azam jangka pendek...?
Bila bangun pagi2 dari tido tu...adalah azam aku.Moga semua tu aku dapat capai...