THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

31 March 2005

-hAbiBI Ya MusTAfA-

Tanggal 12 Rabiul Awal di tahun gajah
Tangisan barakah memecah keheningan subuh…
Suara puji-pujian bergema di alam…
Kota Makkah disinari cahaya rembulan
Terangnya memancar di setiap pelusuk…
Zuriat teragung anugerah Ilahi…
Membuka lipatan mehnah sejarah…

Ya khatimul Anbiya’,
Kekasih Allah yang tercinta…
Peribadimu bak lembaran Al-Quran
Harumnya bak hembusan kasturi…
Disinari nur kasih Rabbul Izzati
Agungnya dirimu di sisi Ilahi

Ya habibil Mustafa,
Perjuanganmu penuh onak duri…
Tohmahan dan cacian menusuk di kalbu
Batinmu tersiksa bak ditusuk sembilu
Sirahnya terkandung di kitab-kitab sejarah…
Namun dirimu…
Tetap tabah dan pasrah menghadapinya…
Kerana memegang amanah Ilahi…
Menegakkan kalimah suci Allah…
Di tanah bumi yang gersang…
Menyuluhkan cahaya ke jalan kebenaran.

Muhammad ,
Jasamu seluas lautan…
Tak bisa untukku membalasnya…
Kalaupun ada hanyalah secebis Cuma
Akan kuturuti segala ajaranmu…
Yang tersingkap di balik sunnahmu…
Moga itu bisa menggembirakan dirimu
Wahai kekasihku…habibil Mustafa.

16 March 2005

-TemAn (3)-

sebenarnya sajak ni ada rangkaiannya sebelum ni.Ini sambungan yang ketiga.Yang pertama dan kedua teman x pasti pulak mana pergi sajak-sajak tu...
Teman (3)
Teman
kusingkap kembali kenangan lalu
kuintai memori semalam
kita bersama
menghitung hari yang berlalu
kita tertanya-tanya
adakah masih punya waktu
untuk bersama kembali….
Teman…
Kita bermadah bicara
Menyulam segala rahsia
Kita tabur benih ukhwah
Tumbuhnya pokok persahabatan
kita siram air mata kejujuran
mekar subur bunga keikhlasan
Teman…
Aku sering tertanya
Cinta atau cita-cita…?
Aku keliru…
Cinta fitrah manusia…
Cita-cita memerlukan cinta..
Seiring ia bersama…
Kerana cinta…adanya cita-cita…
Kerana cita-cita hadirnya cinta..
Teman…
Majulah kita bersama
Mara melangkah
Hapuskan air matamu
Kita kan berjuang
Dalam denai kehidupan
Onak duri ditempuh bersama
Nyalakan obor perjuangan
Redha Allah pasti bersama…………
nukilan abadi
wardah_iium
15 Mac 2005

-seNanDung AnaK peJuaNg-

lagu ni membawa seribu satu erti dalam hidup teman.Bila dengar lagu ni...ada rasa sayu dalam hati....

Senandung anak pejuang

Pada kelembutan seraut senyuman
Pada kelunakan tutur perkataan
Ada terlukis warna kerinduan
Terkenang ayah jauh di rantauan

Ayah selalu menghilang diri
Tinggalkan ibu membilang hari
Kekadang tiada khabar berita
Namun ibu tak pernah berduka

Sesekali hati rasa cemburu
Melihat teman semuanya berayah
Bermanja bermesra kasih berpadu
Hidup gembira tiada gundah

Tidak tertahan menanggung rasa
Kepada ibu segera bertanya
Ke manakah ayah sekian lama
Hingga kini belum menjelma

Ibu termenung di dalam sayu
Senyumnya pudar tiada indah
Mungkin batinnya berlagu sendu
Bila anak rindukan ayah

Kanda memujuk ibu menjawab
Tuturnya lembut penuh hikmah
Ayah pergi ke medan jihad
Mencegah mungkar menegakkan yang hak




11 March 2005

-nasihat Imam Syafi'e-

Nasihat Imam Shafie untuk mencari sahabat..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susah.
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan.
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejati.
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah.
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.Rosaknya keperibadian seseorang.Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
Menghormati orang lain.
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Menghadapi musuh.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.
Tipu daya manusia.
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
Tempat menggantungkan harapan.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Menjaga nama baik.
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

10 March 2005

-menyingkap tabir memori-

kami menyingkap tirai kenangan
kami mengintai memori semalam
ukhwah diharap kekal berpanjangan
kasih kita saudara se-Islam
sedar x sedar, exam dah nak datang.final exam is just around the corner.Tapi satu p'sediaan pun belum ada.Nak buat camana yer???Teman masih terkial-kial nak mencari formula untuk berjaya...: (
erm...bagi sesiapa yang dah dengar pantun ni semalam,macam mana rasanya?harapnya semua suka dengan pantun ni. Pantun ni teman cipta secara mengejut.Masa tu teman dilantik jadi ketua untuk satu persembahan...time nak buat p'sembahan,time tu juga baru nak cari ketua.First time tak tau nak kata apa....nak cari idea lagi.Last sekali, alhamdulillah idea nak keluarkan pantun ni dapat juga...terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu...:p
seringkali soal ukhuwwah dibangkitkan...tapi masalahnya tak juga selesai-selesai.Punya banyak program/aktiviti/ceramah berkaitan ukhuwwah...namun?Singkap kembali sejarah Rasulullah tercinta.Betapa ukhuwwah baginda dan para sahabat begitu jitu.Persaudaraan Islam yang mana para sahabat sanggup berkorban demi kepentingan sahabat yang lain.Banyak kisah baginda dan para sahabat yang boleh kita susuri dan kita teladani sebenarnya.Teman memang cukup tertarik bilamana menyingkap sirah nabi yang berkaitan dengan ukuwwah.
Apa pun...sama-samalah kita menjalinkan hubungan persaudaraan sesama kita kerana Allah.Moga ukhwah yang terbina kekal selamanya dalam redha Ilahi...........