Pertama kali menerima hadiah dari seseorang di matrik dulu, teman melonjak gembira kerana buku itulah yang dicari-cari selama ini. Sememangnya buku ini yang teman nak baca. Ramai kawan-kawan teman dah baca, tak kurang juga mempromosikan buku ni kat teman. Makin excited lah teman nak tahu apa keistimewaan buku “TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK” ini. Mana taknya ada yang terlalu menghayati “kisah cinta HAMKA” ni sampai menitis air mata sesudah membacanya.
Teman baca buku ni sekali, langsung tak faham. Biasalah…bahasa Indon kan? Tapi disebabkan rasa nak tahu tu begitu kuat, terpaksalah teman baca untuk kedua kalinya. Kali kedua membaca, barulah teman nampak sedikit jalan cerita HAMKA ni. Namun, masih samara-samar dan kabur-kabur lagi…seolah-olah pagi yang masih diliputi kabus :p Teman masih tercari-cari part mana yang dikatakan paling menyayat hati dan menyentuh perasaan. Sesudah sekian kalinya, teman pun dah x ingat berapa banyak kali dah teman baca buku ni…tahulah teman. Kisah cinta teruna dara yang tak kesampaian yang cuba diketengahkan oleh HAMKA pernah menjadi konflik sewaktu pengenalan tentang cerita tersebut. HAMKA pandai menyusun kata dan bahasa dalam gaya penyampaian “kisah cinta” nya itu. Kisah cinta menyayat hati tanpa kepura-puraan telah dikemaskan oleh HAMKA. Namun itu bukan kisah cinta biasa, seperti novel-novel yang ada di pasaran zaman millennium ni. “kisah cinta” HAMKA sarat dengan pengajaran dan pedoman. Kisah cinta yang berlaku antara teruna dan dara yang mana diri penuh dengan ilmu agama, bagaimana mereka juga sesekali menyalahi adat dan tatasusila sebagai orang Islam.
Namun, mengapakah kisah cinta yang cuba diketengahkan oleh HAMKA ditentang oleh Ulama’ Nusantara pada waktu itu? Haji Abdul Malik Karim Amrillah @ lebih dikenali dengan nama HAMKA bukanlah seorang yang asing. HAMKA ialah tokoh pendakwah di Nusantara, beliau bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan polifik. Beliau juga seorang tokoh pembaharuan Islam dan pemidato yang lantang bersuara. “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” @ TKVDW telah dikarang oleh HAMKA pada tahun 1938 ketika berusia 31 tahun. Kisah cinta ini telah dimuatkan dalam risalah pimpinannya iaitu “PEDOMAN MASYARAKAT”. HAMKA tetap istiqamah dalam penulisannya walaupun ada beberapa ulama’ yang menentang tindakannya itu kerana mengarang buku yang berunsur cinta dianggap menyalahi kebiasaan umum pada waktu itu. Selama lebih kurang 10 tahun HAMKA menulis tanpa henti. Ulama’-ulama’ dan orang ramai mula diam apabila kisah cinta HAMKA itu siap sepenuhnya. Tahulah mereka tujuan HAMKA menulis kisah cinta itu. Sehinggakan ada yang mengatakan “seakan-akan tuan menceritakan nasibku sendiri”…”barangkali tuan sendiri yang tuan ceritakan”… Teman sendiri pun, kadang-kadang merasakan seolah-olah teman yang diceritakan.
Pendapat peribadi teman, tak salah kalau kita cuba ketengahkan kisah cinta dalam penulisan. Namun, bukanlah kisah cinta kosong, kisah cinta yang tiada erti dan nilai. Biarlah kisah cinta yang berunsur Islamik, yang mengandungi pengajaran yang boleh diambil. Teman sendiri tertarik dengan novel karangan Abu Hassan Morad dan Saudari Ghafirah Idris.Berulang kali teman baca novel dan cerpen mereka tu. Bagaimana diselitkan sekali kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Subhanallah… Teman masih belum sempat membaca novel HAMKA yang bertajuk “DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH”. Insya-Allah ada masa teman akan cub abaca novel tu.
Tiba-tiba teman teringat sebuah cerita yang dipaparkan di TV……cerita HARYATI yang dikatakan adaptasi ilham dari novel TKVDW ini. Bila teman tengok kisah HARYATI itu sendiri, sedikit-sebanyak teman semakin faham dengan plot cerita HAMKA. Tanpa sedar, teman juga teringat “kisah cinta” seorang kawan teman yang tak kesampaian. “TEMAN” kepada kawan teman tu ada komitmen lain. TEMAN tu tak nak terikat sebab banyak masalah yang mereka hadapi. Disebabkan tu, mereka “berpisah”…lalu apa yang mampu teman katakan :
“kiranya tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah sebagai penyuluh hidupmu. Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah sebagaimana cintamu terhadapnya”
“ketika dilahirkan engkau menangis tetapi orang lain ketawa tetapi biarlah ketika meninggalkan dunia ini orang lain menangis dan engkau ketawa”
-HAMKA-

0 comments:
Post a Comment