THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

05 May 2005

-SesUc! kAs!HmU-

Aku mendengus perlahan. Suasana yang sepi dan sunyi malam ini tidak menyisihkan resah di hati. Bayu malam yang bertiup lembut tidak berupaya meredakan kepanasan hatiku. Aku jengkel. Argh, bosan. Astaghfirullah…aku beristighfar seketika. Ruang tamu bercat biru langit kutoleh sekilas. Perabot-perabot yang baru ditukar semasa hari raya kelmarin tersusun rapi.


Dari jendela, aku beralih ke kusyen empuk lalu menghenyakkan punggungku. Fikiranku bercelaru, berserabut. Banyak yang aku fikirkan. Tugasan guru, minit mesyuarat rumah sukan, aktiviti sekolah, kenduri kahwin anak Pak Su.Ah, kenduri! Mata yang hampir terkatup rapat kujegilkan seketika. Mengenangkan perkataan kenduri, serta-merta hatiku sayu. “Ifa, ada orang merisik pasal Ifa,” ummi memandang wajahku sambil tersenyum. Kurenung wajah tua itu bagi mencari kebenaran kata-kata yang menyesakkan dadaku. “Betul Ifa.Babah pun tak sangka. Tup-tup, puteri babah ni dirisik orang. Pandai anak babah ye .Tak beritahu kami pun yang Ifa dah ada calon suami,” usikan babah benar-benar membuat aku terpana.


“Ummi, babah. Maafkan Ifa. Ifa tak tahu menahu langsung pasal ni. Ifa tak faham. Ummi dan babah bergurau ye?”aku pula bertanya. Hatiku sudah tidak keruan. Debarannya hanya Tuhan yang tahu. Ish, siapa pulak yang masuk merisik aku ni? Pandai-pandai betullah. Aku semakin terkejut setelah mendengar cerita ummi. Rupa-rupanya semasa ketiadaanku, ada jejaka yang datang merisik. Ummi kata orangnya lulusan UIA juga. Jurusan undang-undang syariah. Baik, hormat orang tua, sopan-santun, berbudi-bahasa dan pandai mengambil hati. Hmm…itulah komen ummi. Aku hanya mendengar setia sedangkan fikiranku menerawang jauh. “Kalau Ifa terima, insya-Allah, ummi ingat nak langsungkan pertunangan tu tak lama lagi. Tak pun, terus nikah…kan senang. Ummi pun cepat sikit dapat menantu lelaki,” usik ummi lagi


aper???
aku nak kena nikah ke???
jom kita baca apa yang terjadi............

  • sesuci kasihmu





  • 1 comments:

    Nizam Ahmad said...

    Wajib baca ni! Jln cite yg menarik dan permainan bhs yg mudah dan lancar. Mudah difahami. Keep up ur good work! Nanti ajar sy tulih cerpen plak ek?