THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

26 January 2007

-coretan-

rindunya nak berkarya macam dulu2. Asal ada pen dan kertas, apa sahaja yang terlintas di fikiran akan kucoret. Sesudah "LEMBAYUNG RINDU" terhasillah "AL-MUSTAFA" dan "DALAM DAKAPAN SENJA". Hampir setahun tidak menghasilkan sebarang karya baru, ibarat pungguk rindukan bulan :) hahah..betul ke tidak peribahasa yang digunakan ni...takpelah.

selalu sahabat bertanya,"kenapa suka buat karya yang sedih-sedih?". Entahlah, aku pun tak tahu kenapa. "No comment," itulah jawapan yang selalu aku berikan apabila mereka bertanya. Adakah hidup aku dipenuhi dengan kesedihan selama ini? "No comment". Tapi yang pasti, hari-hari yang aku lalui, aku semakin sedar siapakah aku sebenarnya. Aku masih mencari identiti diri, yang kurasakan telah hilang. "I KNOW WHAT I KNOW, BUT WHAT I KNOW IS WRONG" (petikan kata-kata seorang sahabat)

Aku rindu, untuk duduk berbicara dengan teman-teman lama. Kembali mengenang nostalgia lalu. Zaman persekolahan di CLIFFORD(3AG1) dan DATO' HARUN(5AMANAH). Zaman remaja yang penuh dengan warna-warna pelangi. Rindunyer :) Tup-tup, pantas masa berlalu. Tanpa sedar, sudah hampir 8 tahun lamanya aku tak bersua muka dengan teman-teman CLIFFORD. juga hampir 6 tahun tak bersua teman-teman DH. Lalu, pelbagai khabaran yang kuterima. Alhamdulillah, teman-teman lama sudah pun berkerjaya. Malah, ada yang telah mendirikan masjid bersama teman seperjuangan.

Aku? masih di sini. Di bumi UIA. Tetap sama seperti dulu, masih suka berkarya. Aku akan terus berusaha untuk mencapai cita-citaku, menjadi seorang pendidik dan penulis :) Aku tidak mahu lagi hanya "berimaginasi" dalam khayalan yang tidak berfaedah, tapi aku akan terus "berimaginasi" dalam dunia realiti, bukannya fantasi. Aku akan melangkah jauh ke hadapan.

Terima kasih untuk segalanya. Buat teman yang banyak memberikan sokongan, galakan dan kata-kata pencetus semangatku.

"Di hati bersama mengembara
tiba masanya, tika saatnya kuterasa
meredah lautan kasih sinar iman yang subur
redup menyinar hati sanubariku"
*****************************
"kita akan bersama
menempuh segalanya
bersatu hati mendamaikan
jiwa yang keluh resah"

19 January 2007

-dalam dakapan senja-



DALAM DAKAPAN SENJA

Dalam dakapan senja…
Ada rindu menyingkap jiwa
Ada bahagia mengintai qalbu
Ada cinta menyulam rasa

Dalam dakapan senja…
Ada qalbu ditusuk duri
Ada jiwa digigit pilu
Ada nafs disekam sembilu

Dalam dakapan senja…
Ada sendu di hujung tawa
Ada pahit di dalam madu
Ada kaca di celah permata

Dalam dakapan senja…
Ada yang lena diulit mimpi
Ada yang sendu dihimpit derita
Ada yang hanyut dimamah dunia

Dalam dakapan senja…
Tersepit antara dua
Dosa dan pahala
Bahagia dan derita
Gembira dan duka
Tangis dan ketawa
Segalanya kerana senja

Nukilan :
Kembarahati
UIAM
11/03/2006

Al-Mustafa

AL-MUSTAFA

Utusan ini…
Membawa khabar gembira
Seisi alam menanti kelahirannya
Seluruh pelusuk bermandi cahaya
Api sembahan Majusi padam nyalanya
Gelap suasana, mati baranya

Ya Nabiyyur Rahmah…
Tirai kamar hidup terbuka
Rahmat dibawa ke seluruh alam maya
Amanah Ilahi dijunjung sama
Tunggak warisan zaman anbiya’
Pusaka hartamu Kitabullah dan sunnah RasulNya

Ya habibi Muqaffi…
Hijrahmu ke Madinah membuka sejarah
Tabah hadapi segala mehnah
Islam kembali berdiri gagah
Sama disyukuri anugerah Allah
Panji Islam berkibar megah

Ya Nabiyyul Malahim…
Tangkas gerakmu memukau pandangan
Hayunan pedangmu mengundang ancaman
Derapan langkahmu mengalih pendengaran
Kelantangan suaramu mencetus anjakan
Ghuzwatul Bad’r menjadi saksi ketangkasan

Ya Nabiyyut Taubah…
Syafaatmu kuharap di akhirat sana
Peribadimu kusingkap lalu kutanam di jiwa
Sirahmu kuintai, bangkitkan jihad di dada
Ajaranmu kuturuti hingga hujung nyawa
Rindu duniawi, cinta ukhrawi jua

Muhammad Al-Mustafa…
Kekasih teragung Ilahi
Penghulu segala nabi
Imam Qiblataini
Al-Amin gelaran diberi
Muhammad…Ya Habibi

Nukilan :
Kembarahati
Shah Alam