THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

29 August 2005

-MeRDek@-

merdeka...
merdeka...
merdeka...

tanpa sedar...lagi 2 hari rupanya negara nak menyambut hari kemerdekaan...yang ke-48.Teman ingat 48 sebab tahun 1957...mak teman baru lahir...hehe kiranya lahir di tahun merdeka.48 tahun negaraku bebas dari jajahan...
teman teringat bait-bait lagu Allahyarham Sudirman...
tanggal 31 bulan 8... 57
hari yang mulia hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka
mari kita seluruh warga negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka
merdeka!!
31 bulan 8...57 haribulan
negaraku merdeka
lebih kurang ginilah yang teman ingat :p sedap juga rasanya dengar lagu yang Aishah nyanyi tu...bahtera merdeka
jiwa dan raga
buktikanlah pada nusa bangsa
supaya negara maju jaya aman merdeka
duhai ibu pertiwi
putera-puteri datang sujud bakti
ingin menunaikan...ingin menunaikan
sumpah dan janji......
hehe...pandai juga teman nyanyi rupanya...:p masa kecik-kecik dulu, bila orang laungkan merdeka...teman pun dengan penuh semangat turut sama melaungkan MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...orang kibarkan jalur gemilang...teman pun turut sama kibarkan jalur gemilang.Nyanyi lagu patriotik, teman pun nyanyi sama. Hah...teman paling suka tengok cerita Bukit Kepong dan Sarjan Hassan . Kalau tengok cerita ni, mesti mengalir air mata ni....sedihnya...begitu payah perwira negara kita nak menghadapi musuh-musuh negara...nak mendapatkan kemerdekaan tanah air negara kita...
Tapi hari ni?Kita laungkan merdeka...kibarkan jalur gemilang...menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat...namun apa itu erti merdeka?Dewasa ini...muda-mudi hanya disogokkan dengan kemerdekaan negara...kebebasan negara dari jajahan...tapi apa itu merdeka sebenarnya? Betul, merdeka...kalau nak katakan ikut fahaman kita...bebas.Kita bebas dari cengkaman...bebas dari sesuatu...Semangat cintakan tanah air memang patut ditanam dalam jiwa kita....semangat cintakan MALAYSIA....
hari ini negaraku merdeka...
dari cengkaman...
dari permusuhan...
dari kezaliman...
dari kebinasaan
hari ini negaraku merdeka...
kerana perwira...
kerana satria...
kerana wirawan..
kerana dirimu...
hari ini negaraku merdeka...
dengan laungan kemerdekaan...
dengan nyanyian lagu kebangsaan...
dengan kibaran jalur gemilang...
dengan suasana penuh gemilang...
hari ini...
sejarah berulang kembali...
detik keramat menggamit hati...
syukur padaMu Ya Ilahi...
kebebasan ini...
membawa 1001 erti....
adaptasi ilham
kembarahati
29 Ogos 2005
3.00 p.m

28 August 2005

-keL!Ru-

...Alhamdulillah...setelah demam hampir seminggu lamanya,teman kembali pulih seperti biasa.Hari Isnin baru ni teman berkesempatan mendengar segmen nukilan di IKIM.FM...
dalam pada tengah melayan demam yang melanda hampir seminggu lamanya...teman dikejutkan dengan suara deejay Fairuz...lebih kurang begini,"kita bersama nukilan seterusnya, yang bertajuk "hidup pejuang"...dihasilkan oleh Quranic_Generation82".....

Terus teman bangun sambil menghayati bait-bait sajak itu, walaupun sudah acapkali teman baca karya Quranic_Generation ni...Kali pertama teman dengar sendiri karya "kakak teman" ni keluar kat IKIM...excited rasanya. Mana taknya, "kakak teman" ni memang berbakat dalam menghasilkan sajak2...penuh puitis dan mendalam maksudnya.

Yang kelakar pulak, masa teman tengah menghayati bait-bait sajak ni, teman terima satu mesej.
"mek,sajak kau ke kat ikim sekarang?"

teman pun balas mesej kawan tadi tu
"sajak hidup pejuang ni bukan.Sajak kita yang "hamparan kasih" tadi"

Pasti kawan teman tadi keliru,hidup pejuang atau hamparan kasih sajak teman yang keluar kat ikim.Kebetulan, sebelum sajak hidup pejuang tu keluar...sajak teman yang bertajuk "HAMPARAN KASIH" dibacakan oleh deejay Fairuz.Mana tak keliru, sebelum ni teman banyak menggunakan nick name wardah_iium ketika menghantar sajak kat ikim.Baru 2x teman gunakan nick name kembarahati dalam hantar sajak kat ikim.... untuk sajak bisikan dan hamparan kasih.

Erm,ingatkan nak buat sajak sempena merdeka.Kawan teman beria benar suruh buat sajak berkenaan merdeka...
"buatlah sajak pasal merdeka.Gerenti meletup,"

pasal merdeka ni teman memang lemah sikit...tak pandai nak buat sajak.Dan teman bukanlah jenis orang yang pandai menghayati erti merdeka itu sendiri...

Erm..apa itu merdeka???

18 August 2005

-SeP!-

SEPI

Sepi...
Tanpa suara..
Tanpa bicara..
Tanpa kata-kata

Sepi...
Namun hati bersuara..
Namun hati berbicara..
Namun hati menyusun kata

Sepi...
Dibayangi tangisan rindu..
Diiringi tangisan kasih..
Disusuli tangisan cinta

Sepi...
Dalam mengharap Maghfirah-Mu..
Dalam mendamba Nur kasih-Mu..
Dalam mengemis cinta-Mu

Sepi...
Aku sendirian di sini..
Bermonolog sendiri..
Ditemani sekeping hati..
Yang mencari redha Ilahi


kembarahati
18 Ogos 2005
7.30 a.m

17 August 2005

-Ada-ADa Jer-

17 Ogos 2005
10.35 pagi
alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk berkunjung ke rumah sendiri...(ada ke patut guna istilah kunjung :p). Teman ni asyik berkunjung ke rumah orang lain...intai-intai apa yang patut. Semuanya cantik-cantik... rumah dah berhias...terutama rumah anjang tu :p Antara rumah yang teman suka pergi...rumah ehsan...dan rumah Pakdi semestinya.
Asyik sangat melawat rumah orang sampaikan teman sendiri takde masa nak baiki rumah teman sendiri :( apalah nasib teman ni...suka berjalan-jalan...tak tau nak duduk rumah sendiri...dahlah rumah sendiri dah tunggang-langgang...dah tu tak reti-reti nak pi kemas! -(emosionalnya teman ni). Nasib baik bukan rumah betul,kalau rumah betul...mesti mak dah marah.
Sem ni memang busy betulla...kadang-kadang tu rasanya macam jadi PM pulak :) tapi PM lagi busy busy busy.. kadang-kadang tu...dapat juga rehat..time tu lah nak merungut sikit..tapi ada seorang kawan cakap kat teman....
A : rehat ke?
B : (aik, tak nampak ke orang tengah rehat?) a'ah...rehatlah ni. Kalau hari-hari dapat rehat macam ni kan best
A : (senyum) ...nak rehat sampai bila?
B : kalau boleh selama-lamanya
A : selama-lamanya? wah, mantap sungguh
B : (perlilah tu)... kenapa pulak? Kadang-kadang rasa macam dah letih lah...tak tahan dengan keadaan diri ni
A : Letih? tak ada istilah letih dalam perjuangan. Kan kau sendiri yang cakap dulu, istilah letih takde dalam kamus hidup kau? Lupa ke?
letih? terpaku sekejap mendengar kata-kata kawan teman ni. Betul...dulu teman sendiri yang cakap, istilah letih tak ada dalam hidup teman...tapi sekarang? Betullah...teman ni cakap tak serupa bikin...Ya Allah, teruknya diri ni...kena muhasabah semula.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak bagi sokongan dan galakan kat teman selama ni..yang banyak bagi nasihat kat teman...inilah sahabat-sahabat yang teman cari. Sama-sama di waktu senang dan susah, sedih dan gembira....bukan macam sesetengah orang, kawan makan kawan..suka sangat tikam kawan dari belakang....aper ke hel-(tiru nada wahid dlm senario xx) :)
"sahabat sejati ialah mereka yang berada di sisi kamu tatkala senang mahupun susah"