THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

17 August 2005

-Ada-ADa Jer-

17 Ogos 2005
10.35 pagi
alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk berkunjung ke rumah sendiri...(ada ke patut guna istilah kunjung :p). Teman ni asyik berkunjung ke rumah orang lain...intai-intai apa yang patut. Semuanya cantik-cantik... rumah dah berhias...terutama rumah anjang tu :p Antara rumah yang teman suka pergi...rumah ehsan...dan rumah Pakdi semestinya.
Asyik sangat melawat rumah orang sampaikan teman sendiri takde masa nak baiki rumah teman sendiri :( apalah nasib teman ni...suka berjalan-jalan...tak tau nak duduk rumah sendiri...dahlah rumah sendiri dah tunggang-langgang...dah tu tak reti-reti nak pi kemas! -(emosionalnya teman ni). Nasib baik bukan rumah betul,kalau rumah betul...mesti mak dah marah.
Sem ni memang busy betulla...kadang-kadang tu rasanya macam jadi PM pulak :) tapi PM lagi busy busy busy.. kadang-kadang tu...dapat juga rehat..time tu lah nak merungut sikit..tapi ada seorang kawan cakap kat teman....
A : rehat ke?
B : (aik, tak nampak ke orang tengah rehat?) a'ah...rehatlah ni. Kalau hari-hari dapat rehat macam ni kan best
A : (senyum) ...nak rehat sampai bila?
B : kalau boleh selama-lamanya
A : selama-lamanya? wah, mantap sungguh
B : (perlilah tu)... kenapa pulak? Kadang-kadang rasa macam dah letih lah...tak tahan dengan keadaan diri ni
A : Letih? tak ada istilah letih dalam perjuangan. Kan kau sendiri yang cakap dulu, istilah letih takde dalam kamus hidup kau? Lupa ke?
letih? terpaku sekejap mendengar kata-kata kawan teman ni. Betul...dulu teman sendiri yang cakap, istilah letih tak ada dalam hidup teman...tapi sekarang? Betullah...teman ni cakap tak serupa bikin...Ya Allah, teruknya diri ni...kena muhasabah semula.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak bagi sokongan dan galakan kat teman selama ni..yang banyak bagi nasihat kat teman...inilah sahabat-sahabat yang teman cari. Sama-sama di waktu senang dan susah, sedih dan gembira....bukan macam sesetengah orang, kawan makan kawan..suka sangat tikam kawan dari belakang....aper ke hel-(tiru nada wahid dlm senario xx) :)
"sahabat sejati ialah mereka yang berada di sisi kamu tatkala senang mahupun susah"

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Good job ! I might have to ask you for some help on mine. I'm trying to put up a site about Agent Orange it covers the obvious stuff like what is agent orange, but I'm new at this. ---Jack---