THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

19 February 2005

-rintihan hamba-

Seringkali kutatap diri ini
Terasa kerdil di hadapanMu
Jijik kurasakan memandang tubuhku
Yang dipalit dosa dan noda
Kutahu betapa hinanya diriku
Untuk menggapai persada cintaMu

Detik-detik yang berlalu
Kutangisi penuh keinsafan
Detik itu
Tercemar sudah
Dalam liku-liku luka
Apakah masih ada secebis harapan
Untukku menyusuri titian maghfirahmu

Aku tewas
Dalam menyusuri denai kehidupan
Aku lalai
Mengejar fatamorgana ini
Aku menjadi hamba pada keegoan dunia
Aku lemas
Dalam lautan nafsu durjana
Aku tertipu
Dalam perjuangan hidup ini

Ya Ilahi
AmpunanMu kuharap
Kekesalan yang lahir
Hatiku meronta…mendesak
Ampunkanlah dosaku ini
Moga ada ruang untukku
Dalam menggapai persada cintaMu

nukilan abdi
wardah_iium

-HAMKA dan kisah cinta-

Pertama kali menerima hadiah dari seseorang di matrik dulu, teman melonjak gembira kerana buku itulah yang dicari-cari selama ini. Sememangnya buku ini yang teman nak baca. Ramai kawan-kawan teman dah baca, tak kurang juga mempromosikan buku ni kat teman. Makin excited lah teman nak tahu apa keistimewaan buku “TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK” ini. Mana taknya ada yang terlalu menghayati “kisah cinta HAMKA” ni sampai menitis air mata sesudah membacanya.
Teman baca buku ni sekali, langsung tak faham. Biasalah…bahasa Indon kan? Tapi disebabkan rasa nak tahu tu begitu kuat, terpaksalah teman baca untuk kedua kalinya. Kali kedua membaca, barulah teman nampak sedikit jalan cerita HAMKA ni. Namun, masih samara-samar dan kabur-kabur lagi…seolah-olah pagi yang masih diliputi kabus :p Teman masih tercari-cari part mana yang dikatakan paling menyayat hati dan menyentuh perasaan. Sesudah sekian kalinya, teman pun dah x ingat berapa banyak kali dah teman baca buku ni…tahulah teman. Kisah cinta teruna dara yang tak kesampaian yang cuba diketengahkan oleh HAMKA pernah menjadi konflik sewaktu pengenalan tentang cerita tersebut. HAMKA pandai menyusun kata dan bahasa dalam gaya penyampaian “kisah cinta” nya itu. Kisah cinta menyayat hati tanpa kepura-puraan telah dikemaskan oleh HAMKA. Namun itu bukan kisah cinta biasa, seperti novel-novel yang ada di pasaran zaman millennium ni. “kisah cinta” HAMKA sarat dengan pengajaran dan pedoman. Kisah cinta yang berlaku antara teruna dan dara yang mana diri penuh dengan ilmu agama, bagaimana mereka juga sesekali menyalahi adat dan tatasusila sebagai orang Islam.
Namun, mengapakah kisah cinta yang cuba diketengahkan oleh HAMKA ditentang oleh Ulama’ Nusantara pada waktu itu? Haji Abdul Malik Karim Amrillah @ lebih dikenali dengan nama HAMKA bukanlah seorang yang asing. HAMKA ialah tokoh pendakwah di Nusantara, beliau bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan polifik. Beliau juga seorang tokoh pembaharuan Islam dan pemidato yang lantang bersuara. “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” @ TKVDW telah dikarang oleh HAMKA pada tahun 1938 ketika berusia 31 tahun. Kisah cinta ini telah dimuatkan dalam risalah pimpinannya iaitu “PEDOMAN MASYARAKAT”. HAMKA tetap istiqamah dalam penulisannya walaupun ada beberapa ulama’ yang menentang tindakannya itu kerana mengarang buku yang berunsur cinta dianggap menyalahi kebiasaan umum pada waktu itu. Selama lebih kurang 10 tahun HAMKA menulis tanpa henti. Ulama’-ulama’ dan orang ramai mula diam apabila kisah cinta HAMKA itu siap sepenuhnya. Tahulah mereka tujuan HAMKA menulis kisah cinta itu. Sehinggakan ada yang mengatakan “seakan-akan tuan menceritakan nasibku sendiri”…”barangkali tuan sendiri yang tuan ceritakan”… Teman sendiri pun, kadang-kadang merasakan seolah-olah teman yang diceritakan.
Pendapat peribadi teman, tak salah kalau kita cuba ketengahkan kisah cinta dalam penulisan. Namun, bukanlah kisah cinta kosong, kisah cinta yang tiada erti dan nilai. Biarlah kisah cinta yang berunsur Islamik, yang mengandungi pengajaran yang boleh diambil. Teman sendiri tertarik dengan novel karangan Abu Hassan Morad dan Saudari Ghafirah Idris.Berulang kali teman baca novel dan cerpen mereka tu. Bagaimana diselitkan sekali kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Subhanallah… Teman masih belum sempat membaca novel HAMKA yang bertajuk “DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH”. Insya-Allah ada masa teman akan cub abaca novel tu.
Tiba-tiba teman teringat sebuah cerita yang dipaparkan di TV……cerita HARYATI yang dikatakan adaptasi ilham dari novel TKVDW ini. Bila teman tengok kisah HARYATI itu sendiri, sedikit-sebanyak teman semakin faham dengan plot cerita HAMKA. Tanpa sedar, teman juga teringat “kisah cinta” seorang kawan teman yang tak kesampaian. “TEMAN” kepada kawan teman tu ada komitmen lain. TEMAN tu tak nak terikat sebab banyak masalah yang mereka hadapi. Disebabkan tu, mereka “berpisah”…lalu apa yang mampu teman katakan
:


“kiranya tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah sebagai penyuluh hidupmu. Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah sebagaimana cintamu terhadapnya”


“ketika dilahirkan engkau menangis tetapi orang lain ketawa tetapi biarlah ketika meninggalkan dunia ini orang lain menangis dan engkau ketawa”
-HAMKA-

16 February 2005

-renungan bersama-

Iman adalah satu hakikat yang mempunyai tugasnya, satu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, satu jihad yang memerlukan kesabaran dan satu perjuangan yang memerlukan ketabahan – syed qutb

Tiada seorang pun pada setiap harinya melainkan ianya sebagai tamu dan hartanya sebagai pinjaman. Tamu harus berangkat meninggalkan tempat, harta sebagai pinjaman harus dipulangkan – hukamak

Sahabat yang menunjukkan kebaikan kepadamu itu sahabat yang baik, dan sahabat yang menunjukkan kesalahan padamu itulah sahabat yang lebih baik, sahabat yang membetulkan kesalahanmu itulah yang paling baik – uwais al qarni

Jadikan kemaksiatan dan dosamu pada Allah dan makhlukNya sebagai musuh yang paling ketat, di mana engkau perlu berwaspada setiap masa – uwais

15 February 2005

-9 februari 1984-

Alhamdulillah…pada 9 Februari lalu, genaplah umurku 21 tahun. Kebetulan, tarikh itu jatuh pada 29 Zulhijjah 1425H. Kebetulan jugak, 9 Februari tu Tahun Baru Cina. Dan juga, keesokan harinya merupakan 1 Muharram 1426H. Ramai sahabat dan kenalan lama mengucapkan tahniah atas pertambahan usiaku ini. Rata-rata mengucapkan “selamat hari lahir. Semoga dimurahkan rezeki dan dapat suami yang soleh”…saban tahun inilah ucapan yang aku dapat…Cuma kata-kata terakhir tu..psl suami soleh, tahun inilah ramai yang gatal tangan menaip sms nak bagi pekena kat aku ni :p mentang-mentang depa semua dah ada calon….aku je yang masih begini…Tapi takpe…semua tu doa kalian jugak kan? Ada juga yg ambil kesempatan mengucapkan SALAM MA’AL HIJRAH 1426 kat aku…. Ada juga yg sempat ucap GONG XI FA CAI….:p

Kalau “orang barat”….21 tahun adalah kunci kebebasan bagi setiap remaja perempuan. Ye ke? Pada aku….tak ada kunci kebebasan…selagi aku masih di bawah tanggungan ibu bapa…kunci aku mereka yang pegang. Bila dah jadi isteri… maka kunci itu jatuh pula ke tangan suami. Suami yang “ikat” kita pula selepas kita “diikat” oleh ibu bapa kita. Jadi…x ada istilah “kunci kebebasan” seperti yang diuar-uarkan oleh “orang barat”…yelah, anak gadis kat sana bila dah cecah 21 tahun, mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa batasan. Kononnya dah bebas dari ibu bapa dan saat itulah yang mereka nanti-nantikan selama ni. Memang x dinafikan, remaja kita pada zaman ni pun dah mula terikut-ikut cara dan fikiran “orang barat” tu. 21 tahun- kunci kebebasan
.

Di kesempatan ni jutaan terima kasih kutujukan khas buat MEK SU….orang pertama yg mengucapkan tahniah kepadaku. Tak lupa juga buat MAR, NU’UN, YAN, JIHA, MUKHA, KAK MAR, KAK NADIA, E-MAH….sayang kalian..
Terima kasih juga kat NIZAM-(boleh beri lagi kek tu next year ye)…KARIMAN dan HAIKAL.….moga ukhwah yang terbina kekal selamanya…

Harapan aku sempena meningkatnya umur aku ni…semakin bertambahlah amal ibadahku…semakin bertambah baiklah kehidupan yang aku lalui..dan semoga aku semakin tabah menghadapi dugaan yang datang….Tanggal 9 Februari itu juga..aku telah membuka lembaran hidup yang baru. Aku buka kembali diari baru. Segalanya baru. Segala kenangan pahit, aku simpan untuk dijadikan pengajaran….kenangan manis pula akan kukenang selamanya.

02 February 2005

-exam lepas-

erm....exam aku..
alhamdulillah aku dah habis exam kelmarin...
tapi...soalan agak susah....alhamdulillah RISE senang skit :p
apalah yang dijawab ni??pening kepala....
memikirkan 5 paper...nahu,sarf,rise,soca

KAK MAR ...caner SOCA? sure dpt jwb eh?Ina tak tau......
tapi takpe...biasalah adat exam...ada senang ada susah kan??
insya-Allah...final ni kita buat betul-betul...