THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

07 May 2009

susah ke nak e-mail

e-mail? erm,kenapa kali ni nak bercakap pasal e-mail? soalan untuk diri sendiri hehehe. Sebelum ni kami (ina&yie) memang jarang buka e-mail. Bukan apa,sebab masa tu internet belum ada kat rumah lagi. So, nak melangkah ke cyber cafe (walaupun dekat) memang cukup payah...kekangan masa,dihambat dengan kerja-kerja pejabat dan sekolah..memang payah kami nak buka e-mail apatah lagi membalas e-mail sahabat2 kami.

Abang pun sejak dah ada internet ni, dia jarang buka e-mail...tak berkesempatan. So,ina yang kena buka,baca dan adakala reply mesej2 abang tu...secara tak langsung merangkap "secretary" abang yang tak bertauliah hehehe. Tapi seronok juga..buka e-mail abang. Itupun setelah diberi keizinan...

Kadang2, ramai sahabat 'merungut' kenapalah kami ni tak reply mesej2 yang diberi. Pelik betul...tapi itulah hakikatnya. Memang agak 'perit' juga tak ada internet di zaman sains teknologi ni. Sekarang ni dah tak macam dulu...hantar surat by hand ataupun pos. Erm,sekarang ni semua di hujung jari. Klik! Tapi,bila fikir2 semula...lagi seronok kalau hantar surat macam dulu-dulu...lagi ada kenangan,best..terasa syahdu je. Dengan bauan 'bedak wangi' :)

Okeylah, kepada sahabat2 semua...kami mohon maaf andai sebelum ini tidak berkesempatan membalas e-mail kalian. Insya-Allah, selepas ini kami akan cuba reply e-mail2 yang 'terbengkalai' dalam inbox kami sekian lama...

0 comments: